spot_img

Tektik “Licik” Sekeluarga Rentas Negeri Untuk Balik Kampung Kantoi

- Advertisement -

TEMERLOH – Setelah berbulan-bulan rakyat Malaysia dikenakan sekatan untuk merentas daerah masih ada yang cuba-cuba untuk melakukan perkara tersebut dengan pelbagai alasan dan cara.

Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang terjadi kepada sekeluarga daripada Temerloh yang tular di media sosial baru-baru ini gara-gara tektik ‘licik’ mereka untuk pulang ke kampung di Gemas, Negeri Sembilan.

Taktik empat individu cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menggunakan khidmat ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung gagal apabila mereka ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, di sini semalam.

- Advertisement -

Menurut posting di laman Facebook tersebut, difahamkan seorang wanita berusia 30 tahun telah menyewa sebuah ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ swasta dan membawa bersama ibu dan dua orang anaknya.

Ambulans Sewa Balik Kampung

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun turut membawa dua anak berusia 10 bulan dan enam tahun mahu pulang ke kampung mereka di Gemas, Negeri Sembilan.

- Advertisement -

ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ difahamkan menyewa ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ swasta itu yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia di sini dengan bayaran kira-kira RM1,300.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.”

- Advertisement -

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Azhar berkata, kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 270 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ 1988.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Raya untuk tindakan seterusnya.

Haritu ada kes orang cuba berenang, kalini sewa ambulans pula. Macam-macam!

Feature Image Article Ambulans Skill

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL