spot_img

Tular Gambar Azlee Senario Niaga Buah Tepi Jalan, Wargamaya Puji Dan Support

- Advertisement -

RAMAI individu yang terkesan dengan situasi ketika ᴘᴀɴᴅᴇᴍɪᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 melanda negara termasuklah golongan selebriti. Sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah selebriti mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu atau menjual produk makanan misalannya, untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Baru-baru ini, viral sekeping foto di Twitter menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga menjual buah-buahan di tepi jalan. Foto terbabit dipercayai diambil oleh orang awam ketika Azlee sedang duduk sambil menunggu pelanggan di kedainya yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Kata Azlee dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

- Advertisement -

“Jom sama-sama kita support perniagaan abang Azlee Senario, semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya. Aaminn”

“Alhamdulillah, sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan. Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular. Secara tak langsung ia dapat bantu rakan-rakan lain yang berniaga.”

- Advertisement -

“PKP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.”

“Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga. Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu,” katanya.

Menurut Azlee ada peminat datang untuk bergambar dalam masa sama membeli barangan jualannya. Ujarnya, meskipun namanya besar apa yang penting dia mencari rezeki halal.

- Advertisement -

“Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga. Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat.”

“Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal. Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini. Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Azlee turut memberi nasihat kepada artis dan penggiat seni lain untuk cuba berniaga untuk mencari sumber pendapatan demi menyara keluarga.

“Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.”

“Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki. Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga,” kata Azlee akhiri ceritanya.

VIDEO] 'Malu tolak tepi, artis tolak tepi' - Azlee Senario gigih niaga buah,  ikan untuk sara hidup - SatuBerita

“Orangnya tak sombong”

Sesetengah netizen dilihat memuji keperibadian Azlee yang tidak sombong dan mudah mesra selain gemar berborak dengan orang lain membuatkan dia disenangi.

“Jaga-jaga nanti ada kedai Mazlan buka dkt sebelah”

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang sempat berseloroh dengan menyelit tentang dialog mahu pun babak legend daripada filem Lagi-Lagi Senario lakonan Azlee serta rakan pelawak yang lain.

Antara komen netizen adalah soalan sama ada Azlee sudah tidak menjual roti canai dan ada juga yang bergurau dengan berkata nanti Mazlan akan buka kedai di sebelahnya seperti di dalam filem tersebut.

Popular pada era 90-an, antara watak pernah dibawakan Azlee yang menjadi sebutan adalah ketika dia menjadi seorang pemuda terencat akal di dalam filem Senario The Movie, watak pemilik warung roti canai dalam filem dalam Lagi-Lagi Senario dan menerusi filem Senario Lagi sebagai suami kepada Syanie.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL