spot_img

Lan Pet Pet Tampil Bersihkan Nama, Bukan ᴅᴀᴅᴀʜ Tapi Ubat Kuat

- Advertisement -

LAN PET PET sememangnya terkenal dengan ᴋᴏɴᴛʀᴏᴠᴇʀꜱɪ dengan orang awam. Tidak berhenti disitu sahaja baru-baru ini tersebarnya video dikatakan dia telah menjual bahan terlarang yang disebarkan di media sosial. Pelbagai tanggapan serta pandangan diberikan sehingga menimbulkan banyak pertanyaan.

Kejadian tersebut menjadi hangat apabila terdapat salah seorang individu telah mengambil video semasa beliau sedang menaiki motor dan membuat urusan jual beli. Akan tetapi, Lan, 52 tahun, ketika kejadian dia sedar bahawa ada seseorang telah mengambil video dan beliau telah meluru kearah individu tersebut agar video tersebut tidak disebarkan. Akan tetapi, malangnya selepas kejadian itu video tersebut akhirnya tersebar luas sehinggakan menimbulkan ꜰɪᴛɴᴀʜ serta ᴀɪʙ yang berat.

Justeru itu Lan dikatakan bertindak menulis di akaun peribadinya di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ dengan menyatakan beliau akan mengambil tindakan yang serius terhadap individu tersebut.

- Advertisement -

Lantaran daripada itu, tular dimedia sosial apabila Lan Pet Pet telah hadir ke ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ dengan tujuan untuk ᴍᴇɴʏᴀᴍᴀɴ netizen berikutan penyebaran video yang tular seterusnya ᴍᴇᴍꜰɪᴛɴᴀʜ dirinya menjual bahan terlarang.

Pelawak ini juga menjelaskan, individu didalam video berkenaan sememangnya dirinya akan tetapi, ia bukanlah aktiviti penjualan bahan terlarang seperti yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ baru-baru ini.

- Advertisement -

Menurutnya juga, dia sedang membuat penghantaran produk kepada salah seorang pelanggan beliau akan tetapi telah dirakam ketika aktiviti penghantaran dilakukan dan seterusnya menimbulkan ꜰɪᴛɴᴀʜ dan menjejaskan nama baiknya.

“Pelanggan tinggal di kampung, dan nak membeli produk, tetapi tidak tahu cara pembelian diatas talian”.

Tambahnya lagi, ketika kejadian kebetulan beliau mempunyai urusan di Alor Setar,kedah dan mengambil kesempatan untuk membuat penghantaran produk kesihatan tersebut kepada pelanggannya.

- Advertisement -

Lan juga menegaskan, beliau tidak akan sesekali menjual bahan terlarang seperti yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ oleh netizen baru-baru ini.

“Saya bukan jenis orang seperti itu” sambil mengenangkan anak dan isterinya.

Pada awalnya, anggota Senario itu berkata, susulan penyebaran video tersebut dia mengambil keputusan mahu mengambil tindakan ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ akan tetapi membatalkan niatnya atas nasihat peguam dan memaklumkan dia telah memaafkan netizen yang telah melemparkan kata-kata yang tidak baik kepadanya sehingga melibatkan ahli keluarganya berikut penyebaran video berkenaan namun membatalkan hasrat untuk tidak meneruskan saman kerana berasa kasihan kepada individu tersebut untuk membuat pembayaran dengan jumlah wang yang banyak.

“Peguam minta saya bersihkan nama saya dan saya memaafkan netizen yang memaki hamun saya”

Bagaimanapun, Lan juga menegaskan beliau tidak akan mengambil tindakan ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ sekiranya video tersebut diambil secara penuh bukan sekerat-kerat.

Terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa ia adalah gimik bagi menaikkan produk jualan, tetapi beliau menegaskan ia bukan gimik semata-mata.

Dalam pada itu, Lan turut mengatakan dia telah memaafkan kesemua netizen yang memaki hamun dan mendoakan yang terbaik kepada peminat-peminat beliau yang telah memberikan sokongan kepadanya.

Reaksi warga maya

 

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL