spot_img

Penggali ᴋᴜʙᴜʀ Tak Sangka Dipilih Tokoh Maal Hijrah, Tak Hadir Terima Anugerah Kerana Bimbang Sebar Wabak

- Advertisement -

KETIKA dimaklumkan terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 2021/1443H yang disambut pada 10 Ogos lalu, seorang penggali ᴋᴜʙᴜʀ bagaikan tidak percaya dan terkejut dengan berita itu.

Roslee Ali memberitahu dia tidak pernah menganggap kerjayanya itu mempunyai sebarang kesitimewaan apatah lagi sehingga melayakkannya menerima anugerah berprestij.

Sepanjang 11 tahun bergelar penggali kubur, Roslee, 63, memberitahu dia bekerja dalam bidang itu semata-mata ingin berbakti kepada masyarakat selain melakukan tuntutan fardu kifayah sebagai seorang umat Islam.

- Advertisement -

“Ketika mendapat panggilan diberitahu tentang anugerah yang bakal diterima, saya memang terkejut namun berasa terharu kerana usaha dan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ selama ini mendapat perhatian.”

“Rasa tidak percaya pun ada tetapi Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan.”

“Sejujurnya ini bukan kemenangan saya seorang tetapi ia mewakili seluruh barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, khariah masjid, sukarelawan, serta semua penggali ᴋᴜʙᴜʀ yang ada. Ini adalah kemenangan untuk kamu semua,” katanya.

- Advertisement -

Roslee menerima Anugerah Tokoh Barisan Hadapan iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini manakala Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat yang juga mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan ᴛᴇɴᴛᴇʀᴀ (KAGAT).

Selain Roslee, empat lagi penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1443H Anugerah Khas turut diberikan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari menerusi Anugerah Tokoh Barisan Hadapan, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Ramly Mokni (Anugerah Tokoh Korporat).

Dua lagi penerima adalah pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya (Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif) dan Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Anugerah Tokoh Mualaf).

- Advertisement -

Bagaimanapun Roslee tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil sendiri anugerah diberikan kerana merasakan dirinya berisiko terhadap orang lain memandangkan dia sering menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 setiap hari.

ROSLEE ALI (PENERIMA ANUGERAH TOKOH BARISAN HADAPAN MA’AL HIJRAH 1443H).

“Sejak pandemik hampir 1,000 ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang kami uruskan di kawasan ini dan tahun ini paling banyak, hampir 20 ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ setiap hari.”

“Hendak pergi tetapi hari-hari saya terlibat menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19, memegang dan memeluk ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ untuk ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ. Jadi ʀɪꜱɪᴋᴏ agak tinggi meskipun saya memakai PPE lengkap.”

“Jika pergi mengambil anugerah mungkin ada kebarangkalian boleh menyebarkan wabak, jadi lebih baik saya elakkan. Insya Allah ada masa sesuai saya akan mengambil anugerah itu,” jelasnya.

Bergelar penggali ᴋᴜʙᴜʀ selepas ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ isteri

Penggali ᴋᴜʙᴜʀ di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh semenjak tahun 2011 itu memberitahu penglibatannya dalam bidang itu sebenarnya berlaku secara spontan selepas isterinya, Rosnah Ahmad ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia.

Ketika pemergian isteri tercinta, Roslee memberitahu dia sendiri membantu menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ isteri sehingga ke liang lahad dan pengalaman itu membuka hatinya untuk meneruskan kerja-kerja pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ.

“Sebelum bergelar penggali ᴋᴜʙᴜʀ saya bekerja sebagai tukang paip namun ketika isteri ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia akibat komplikasi pelbagai ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ, Alhamdulillah saya dapat peluang menguruskan ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴɴʏᴀ dan ketika itu seperti datang semangat untuk teruskan kerja dalam bidang itu.”

“Alhamdulillah sehingga kini saya setia dengan kerja sekarang. Sejujurnya ia bukan mudah tetapi saya sentiasa berasa semangat kerana dapat membantu memudahkan urusan si ᴍᴀᴛɪ dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman bergelar penggali ᴋᴜʙᴜʀ, Roslee memberitahu sejak pandemik pada Mac tahun lalu, ia adalah tempoh paling sukar sepanjang 11 tahun bekerja dalam bidang itu.

Meskipun tahun lalu tidak banyak ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 perlu diuruskan namun angka itu mendadak naik sejak awal tahun ini apabila kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ meningkat disebabkan wabak berkenaan.

“Sejak pandemik hampir 1,000 ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang kami uruskan di kawasan ini dan tahun ini paling banyak, hampir 20 ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ setiap hari.”

“Ia situasi mencabar kerana tidak mudah menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dalam suasana perlu memakai PPE dalam cuaca panas namun ia turut menyayat hati dan menginsafkan apatah lagi ahli keluarga tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada si ᴍᴀᴛɪ,” ujarnya.

Ceritanya lagi, sejak kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ naik mendadak, dia bersama beberapa penggali ᴋᴜʙᴜʀ yang lain akan melakukan persediaan lebih awal termasuk menggali 40 liang lahad setiap hari.

Selepas proses menggali ᴋᴜʙᴜʀ selesai, mereka akan memakai memakai peralatan perlindungan diri (PPE) pada pukul 2.30 petang sebelum ketibaan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ setengah jam kemudian.

“Proses ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴ boleh memakan masa selama beberapa jam bergantung kepada jumlah ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang dibawa ke tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ setiap hari.”

“Meskipun penat dan terpaksa menahan panas memakai PPE namun sebagai seorang Islam saya berasa puas dan gembira dapat membantu menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ apatah lagi dalam situasi sekarang,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL