spot_img

Ustaz Haslin Terangkan Maksud Nurtizen Dan Nartizen Semasa Memberi Tazkirah Kepada Shuib

- Advertisement -

BARU BARU ini dalam minggu ini hangat diperdebatkan tentang isu melibatkan Shuib Sepah tu. Ia ekoran 2 isu warga maya perdebatkan bagaimana Shuib boleh uruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴀʀᴡᴀʜ isterinya Siti Sarah sehingga ke liang lahad dan isu tentang ibu susuan anaknya Ayash Affan.

Sehubungan itu semasa di dalam majlis bacaan Yassin dan Tahlil melalui aplikasi Zoom pada Selasa malam lalu, seusai bacaan doa di adakan sesi sembang santai yang dihadiri oleh jemputan khas keluarga Shuib, teman rapat, rakan artis, media dan rakan industri seni.

Moderator telah meminta Shuib untuk menceritakan dan berkongsi kisah tentang sebelum, selepas dan semasa hari-hari terakhir Shuib bersama ᴀʀᴡᴀʜ isterinya Siti Sarah.

- Advertisement -

Antara perkongsian Shuib adalah tentang kebaikan ᴀʀᴡᴀʜ lakukan semasa hidupnya. ᴀʀᴡᴀʜ pernah kata, dia tak akan keluar rumah dalam keadaan dia tak bertutup kepala (bertudung).

“Apakah kebaikan ᴀʀᴡᴀʜ isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya?” Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan ᴀʀᴡᴀʜ. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.

- Advertisement -

“Kami pernah bercakap soal ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ. Malah, ᴀʀᴡᴀʜ isteri pernah cakap kalau boleh mahu ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari. Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas ꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ ᴋᴜʙᴜʀ.”

Nurtizen dan Nartizen

Majlis itu juga turut dihadiri Ustaz Haslin Bollywood (UHB), Nabil Ahmad, Zizan Razak, Sharnaz Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Safiq Rahim, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan ramai lagi.

- Advertisement -

Ustaz Haslin juga turut memberi tazkirah dan ceramah. Antaranya berkaitan isu ibu susuan dan isu netizen.

Ustaz Haslin menyarankan Shuib pilih wanita akhlak yang baik untuk jadi ibu susuan Ayash Affan.

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Ustaz Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Ustaz Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.”

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Allahyarhamah Siti Sarah pada Selasa malam lalu.

Sambung Ustaz Haslin lagi, netizen ni ada 2. Pertama Nurtizen dan kedua Nartizen. Nurtizen ini wargamaya yang memandang sesuatu perkara dengan baik. Manakala Nartizen pula yang memandang sesuatu perkara dengan buruk dan selalu memberi kata-kata buruk.

“Nur kan cahaya, manakala nar ini dari Annar iaitu Neraka.” Nurtizen wargamaya yang ada keimanan dan bercaya manakala Nartizen ini MasyaAllah! jenis yang suka mengapi-apikan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL