spot_img

Bukan Sengaja Tetapi Ini Sebabnya Kereta Tempatan Sengaja Direka Untuk Mudah Kemek

- Advertisement -

PADA beberapa bulan yang lalu, tular sebuah isu apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi keluaran BMW telah terlibat ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dengan ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ sebuah kereta Proton Saga.

Info ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang dikongsi untuk memberi pemberitahuan kepada orang ramai ini nampaknya telah bertukar menjadi bahan tawa bagi sesetengah netizen apabila melihatkan keadaan belakang Proton Saga yang remuk dengan teruk selepas ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ oleh sebuah BMW R 1200 GS.

- Advertisement -

Komen-komen yang membandingkan kualiti Proton yang rendah serta melabelkannya sebagai ‘tin milo’ antara yang diberikan netizen berikutan isu ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang berlaku.

Di sebalik isu ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang menjadi bahan tawa, muncul juga netizen yang berusaha keras untuk berkongsi ilmu kepada para netizen lain tentang mengapa bahagian hadapan dan belakang kereta sengaja dibina untuk mudah remuk dan kemek.

Kereta dibina dengan adanya crumple zone

maxresdefault

- Advertisement -

Difahamkan kereta sememangnya dibina dengan adanya crumple zone. Crumple zone ini dihasilkan bertujuan untuk menyerap hentakan dalam usaha untuk mengurangkan impak pada mereka yang ᴅɪʟᴀɴɢɢᴀʀ atau yang ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ sekaligus membuatkan kereta itu remuk.

Keadaan kereta yang statik pula membuatkan kereta tersebut tidak mempunyai momentum. Berbeza pula dengan motosikal BMW yang mempunyai momentum dan sedang bergerak sewaktu ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ berlaku.

Sebagai perbandingan, sekiranya sebuah kereta tidak mempunyai crumple zone, kesemua tenaga akan dipindahkan kepada penumpang dalam kereta atau penunggang yang mungkin akan menyebabkan ᴘᴇɴᴅᴀʀᴀʜᴀɴ dalaman kepada ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.

- Advertisement -

117893253_2822155651431558_6356735463092628343_n

118059294_2822155674764889_6119171593375324566_o

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kereta berjenama mewah sudah pastinya menggunakan material dan teknologi yang lebih hebat dalam menyerap hentakan apabila berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ. Mungkin agak keterlaluan untuk membandingkannya dengan kereta jenama tempatan yang hadir dengan tanda harga yang jauh lebih rendah.

Diharap perkongsian ini secara tidak langsung dapat memberi jawapan kepada para netizen tentang mengapa hampir kesemua kereta sengaja dibina untuk mudah remuk pada bahagian hadapan dan belakang.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL