spot_img

LEBIH 400 RIBU TIDAK SETUJU SEKOLAH DIBUKA 1 SEPTEMBER

- Advertisement -

Umum mengetahui terdahulu kerajaan telah memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada 1 September 2021 selepas beberapa bulan sekolah ditutup ekoran kes Covid19 yang semakin meningkat dan membimbangkan. Oleh itu, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan pelajaran.

Akan tetapi, jelas sehingga hari ni bilangan jangkitan kes Covid19 semakin memuncak seperti tiada kesudahan dan menyebabkan timbul pelbagai reaksi daripada ibubapa terutamanya ekoran daripada pembukaan sekolah tidak lama lagi.

Menurut Jawatan Kuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) telah mengambil maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk membuka sekolah pada 1 September.

- Advertisement -

Hasil daripada inisiatif JKPPH yang mengadakan pungutan suara (survey) atas talian yang berlangsung selama 48jam, sebanyak 421,446 responden yang telah memberikan maklum balas.

- Advertisement -

Seramai 94.6% (398,687 orang) tidak bersetuju untuk sekolah dibuka pada 1 September dan hanya 5.4% sahaja yang bersetuju.

Daripada kesemua responden tersebut, 87.1% (367,079 orang) terdiri daripada kalangan ibu bapa, manakala 9.7% adalah guru sekolah dan 2.4% daripada kalangan kakitangan sekolah.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, JKPPH menyeru agar pihak KPM untuk mempertimbangkan sekolah keputusan untuk pembukaan sekolah pada 1 September bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin dan juga memastikan keupayaan kesemua pelajar dan guru mahupun kakitangan sekolah dapat dijaga dengan baik.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL