spot_img

Aksi Cemas Rakaman “Dashcam” Nyaris ʟᴀɴɢɢᴀʀ Polis Di Selekoh

- Advertisement -

KADANG KALA ketika memandu, walaupun jalan nampak clear ia tidak bermaksud jalan tersebut ‘selamat’ untuk kita boleh memecut laju lebih-lebih lagi di kawasan selekoh.

Baru-baru ini ada seorang pengguna Facebook telah berkongsi semula satu video rakaman dashcam seorang pengguna jalan raya nyaris ʙᴇʀʟᴀɴɢɢᴀʀ dengan dua anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya.

Namun atas kecekapan pemandu, dia berjaya memperlahankan dan menghentikan kenderaan dengan menekan brek kecemasan bagi mengelak ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ dengan dua orang anggota polis yang berada di hadapannya yang sedang meletakkan kon selepas satu bahagian selekoh jalan flyover.

- Advertisement -

Setelah menyedari kehadiran kereta tersebut, salah seorang polis tersebut menghampiri pemandu itu dan memaklumkan agar dia memperlahankan kenderaan kerana kawasan jalan tersebut licin ketika waktu itu.

Rata-rata orang ramai kurang bersetuju apabila polis tersebut meletakkan kon selepas daripada bahagian selekoh kerana ramai pengguna jalan raya tidak nampak dan boleh mengakibatkan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ sekiranya pemandu tidak sempat mengawal keadaan.

Antara reaksi warga maya

- Advertisement -

- Advertisement -

Pada masa yang sama, orang ramai memuji pemandu kereta tersebut yang memandu pada kelajuan sepatutnya semasa ‘memanjat’ flyover itu dan cekap mengawal situasi bagi mengelakkan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ berlaku di antara dia dengan anggota polis yang berada di hadapan.

Semoga rakaman video dashcam ini boleh menjadi iktibar kepada orang ramai agar memperlahankan kenderaan semasa melalui kawasan selekoh kerana kita tidak tahu sebarang ‘ʙᴀʜᴀʏᴀ’ yang menanti selepas melepasi bahagian selekoh itu nanti.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL