spot_img

Geng Teori Konspirasi Kaitkan 5G Dengan Vaksin, Dedah Rakyat Malaysia Bakal Jadi Zombie

- Advertisement -

WALAUPUN negara kita sudah mencatatkan angka vaksinasi yang tinggi, namun teori dangkal dari kumpulan kiri yang sering dikenali sebagai anti-vaksin terus tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Terbaharu, melalui perkongsian seorang pengguna Facebook. Dia menyatakan bahawa 5G adalah ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ terbaharu yang dibangunkan, “Bukan konspirasi lagi, selamat datang ke alaf baharu.”

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna Facebook yang lain di mana sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa kita sekarang dikepong dengan ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ biologi yang akan diaktifkan menggunakan vaksin yang dicucuk oleh orang ramai.

- Advertisement -

Seorang pengguna Facebook yang lain pula ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ bahawa matlamat teknologi 5G adalah untuk mengurangkan populasi dunia dan mereka yang divaksin pula akan ‘dikawal’ oleh teknologi ini.

ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ layar dari Facebook.

ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tanpa bukti yang kukuh dan dianggap bodoh ini kemudiannya tular di laman ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ apabila dikongsi oleh Faiz Zainal. Hantaran tersebut telah menjadi hiburan buat pengguna ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ. Mereka seolah-olah tidak menyangka bahawa wujud kumpulan kiri yang menyangka teknologi 5G dibangunkan untuk mengawal manusia yang sudah mendapatkan vaksin.

Sebelum membuat dakwaan yang tidak ada bukti, adalah lebih baik kumpulan yang kini lebih dikenali sebagai ‘palataologist’ – orang yang suka buat-buat tahu, tapi sebenarnya dia tak tahu – untuk membaca lebih banyak info mengenai teknologi 5G.

- Advertisement -

Tidak hanya di situ, pengguna ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ yang lain turut berkongsi satu video berdurasi selama 23 saat di mana seorang lelaki mempersoalkan kesan yang boleh membawa terlahirnya zombie di negara kita. “Kalau 30 tahun lagi baru ada kesan sampingan, kemungkinan kami akan jadi zombie siapa nak jawab? Ini adalah yang berlaku bila kita mula mengkaji kerana kita tidak tahu kesan itu,” katanya.

Tidak pasti apa yang ‘dikaji’ oleh lelaki tersebut, namun video tersebut juga tular dan menjadi perdebatan pengguna di ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ. Bagaimanapun tidak pasti adakah lelaki itu bercakap mengenai vaksin atau pun tidak. Tetapi melalui salah satu komen yang muncul pada saat ke 14 video tersebut, seorang lelaki telah meminta PPIM untuk ᴍᴇɴʏᴀᴍᴀɴ premis atau tempat kerja yang memaksa pekerjanya untuk mengambil vaksin.

ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ yang dangkal daripada kumpulan kiri ini sememangnya menghiburkan. Tetapi ia tetap ʙᴀʜᴀʏᴀ buat kumpulan manusia. Dalam pada ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dikesan telah ᴍᴇɴᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ ribuan orang di seluruh dunia, para penganut teori konspirasi pula mula ᴍᴇɴᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ pemikiran berjuta-juta orang. Mereka lebih percaya berita atau kajian yang tidak ada bukti ilmiah berbanding pakar atau kumpulan barisan hadapan yang melihat sendiri bagaimana ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ᴍᴇʀᴀɢᴜᴛ ɴʏᴀᴡᴀ manusia.

Palataologist bila bercakap soal teknologi 5G, kaitannya dengan vaksin dan konspirasi.

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL