spot_img

Kakitangan KKM Pujuk Dua Beranak Orang Asli Covid-19, Menjentik Emosi Masyarakat

- Advertisement -

KEMATIAN demi kematian akibat Covid-19 amat menjentik emosi masyarakat.

Sana sini menerusi media sosial khususnya bekas pesakit dan ahli keluarga berkongsi bermacam-macam detik dilalui apabila disahkan positif virus tersebut.

Tambah memilukan apabila ia melibatkan bayi yang masih kecil.

- Advertisement -

Seperti baru-baru ini tular sebuah video melibatkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang terpaksa mencari dan memujuk dua beranak masyarakat orang Asli yang disahkan positif Covid-19 di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @thedressar1, lelaki itu lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang terpaksa mendaki bukit dan meredah semak bagi mencari dua beranak tersebut.

- Advertisement -

“Ambil kes di kampung Orang Asli Langkap, bayi berumur sembilan bulan dan ibunya.

“Saya terpaksa panjat bukit tinggi dan cari rumah dia sebab line telefon tiada dan rumahnya di dalam dusun. Agak mencabar,” ujarnya.

- Advertisement -

Katanya, setelah dipujuk akhirnya wanita tersebut bersetuju untuk ke hospital.

“Mujurlah dia nak bekerjasama dan ikut turun. Saya dapat pujuk dia untuk dibawa ke hospital. Ibu dan anak positif Covid-19. Semoga cepat sembuh semula bayi,” doanya.

Ternyata klip video berdurasi 1 minit 6 saat itu amat menyentuh emosi netizen yang sebak melihat situasi berkenaan.

Ujar mereka;

“Untuk semua petugas, saya doakan moga kalian sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT.”

“Covid-19 tak pilih mangsa, walaupun di puncak gunung Kinabalu sekalipun sebab manusia yang bawa dan tularkan.”

“Semoga dipermudahkan urusan akak dan anak, ALLAH kesian tengok anak kecil positif Covid-19. Moga ada sinar buat kita semua.”

Baca juga Jururawat Hamil Meninggal Dunia Setelah 10 tahun Menanti Zuriat Pertama Akibat Covid-19

“Semoga ALLAH permudahkan kerja-kerja frontliner semua supaya kita dapat bebas daripada Covid-19 ini.”

“Moga frontliner kita diberi kekuatan dan tabah menjalankan tugas. Penat ya memang penat hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian kelak. Be strong!”

Video berkenaan dimuat naik pada Jumaat lalu dan kini telah mendapat lebih 304,000 tontonan.

@thedressar1😭😭😭♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Komen Netizen:

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL