spot_img

Messi Guna Tisu Lap Air Mata Dan Ia Di Jual Pada Harga RM4.2Juta

- Advertisement -

SIAPA tidak kenal Lionel Andres “Leo” Messi atau nama popularnya Messi. Sebut sahaja Messi, pasti terbayang akan bola sepak. Messi yang kini berusia 34 tahun ini merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal diseluruh dunia. Ini dapat dibuktikan pengikut beliau di Instagram sahaja mencecah sekitar 250 juta pengikut.

Umum mengetahui bahawa, Messi merupakan pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab FC Barcelona yang berpangkalan di Sepanyol. Dia juga dianggap sebagai salah seorang permain terbaik dunia dan dikenali sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Akan tetapi baru-baru ini, dikhabarkan bahawa Lionel Messi telah pun meninggalkan Barcelona didalam satu sidang media khas.

Majlis Perpisahan Messi Bersama Barcelona

- Advertisement -

Dalam sidang media khas tersebut, Lionel Messi menjelaskan beberapa sebab tentang situasi yang berlaku serta kontraknya. Dia mengatakan, ketika menerima perkhabaran tersebut ia menjadi satu perkhabaran yang sangat sedih dan pilu kerana pada saat itu beliau sudah bersiap sedia untuk menandatangani kontrak baharunya seperti yang dijanjikan.

Beliau juga menzahirkan rasa pilu semasa persidangan tersebut dengan menyatakan bahawa beberapa hari yang lepas, dia memikirkan apa yang harus dia katakan pada hari ini semasa sidang media perpisahan dengan Barcelona.

“Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan pada hari ini. Hakikatnya, saya tidak mampu memikirkan apa-apa pun. Ini realiti yang pahit untuk saya selepas bertahun-tahun saya disini sepanjang hidup saya. Saya langsung tidak bersedia untuk realiti seperti ini”. 

- Advertisement -

Tambahnya lagi ;

“Saya sudah berada sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun, selepas 21 tahun kemudian, saya meninggalkan kelab ini bersama ister dan 3 orang anak saya.Saya tidak pernah terfikir pun perkara ini, selepas beberapa tahun, kami kembali ke sini. Ini rumah kami.”

“Saya tidak pernah terbayang untuk mengucapkan selamat tinggal kerana saya tidak pernah terfikir langsung mengenainya. Saya mahu ia dilakukan bersama orang ramai. Ia amat sukar”.

- Advertisement -

“Saya sudah buat semua perkara untuk saya terus disini. Tahun lepas, saya menyatakan yang saya tidak mahu. Tahun ini, saya mahu terus tinggal disini tetapi tidak boleh”.

Suasana Menjadi Pilu dan Sebak Sehingga Menitiskan Air Mata


Suasana pilu dan sebak semasa sidang media khas perpisahan dengan Barcelona dijalankan menyebabkan Messi menangis semasa berbicara. Sebelum itu, isterinya Antonela Ruccuzzo  telah menghulurkan tisu kepadanya ketika dia mahu mengalirkan airmata.

Tisu Yang Digunakan Messi Untuk Lap Air Mata Dan Hingus Telah Dijual

Disebabkan Messi tidak dapat menahan sebak semasa pengucapannya, dia menangis pilu dan mengelap air matanya dengan tisu yang diberikan isterinya. Akan tetapi lain pula terjadinya apabila seseorang telah mengambil dan menjualnya di laman web atas talian dengan ayat iklan ” Tisu yang digunakan Messi semasa perpisahan Barcelona”. Difahamkan tisu tersebut dijual dengan harga USD $1 Juta yang bersamaan sekitar RM 4.2 Juta.

Penjual itu turut mendakwa bahawa tisu yang dimilikinya itu mengandungi DNA Messi dan boleh digunakan untuk seseorang supaya ia menjadi hebat seperti Messi.

Gambar tersebut telah menjadi perhatian pengguna di Twitter.

Terdahulu, semasa Messi menyertai kelab FC Barcelona beliau telah memenangi 4 kejuaraan La Liga, 4 kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya yang cukup hebat sebagai penjaring gol prolifik serta kehebatan dan persembahan yang menarik, beliau telah berjaya memegang rekod penjaring gol terbanyak La Liga iaitu 349 gol, dan penjaring gol terbanyak La Liga dalam 1 muwim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan diperingkat  benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137 umpan)  dan dalam Copa America (11 umpan). Setakat ini sahaja, beliau telah menjaringkan lebih 500 gol di peringkat benua dan sepanjang kariernya bersama kelab dan negara.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL