spot_img

9 Ribu Jadi “ᴋᴏʀʙᴀɴ” Kerana Jururawat Tukar Vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Dengan Air Garam

- Advertisement -

SIASATAN pihak polis mendapati seorang ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ dari jabatan kesihatan telah menyuntik ribuan orang dengan air garam. Pihak berkuasa kini bakal memanggil semula mereka yang telah menjadi ‘ᴋᴏʀʙᴀɴ’ penipuan akibat daripada tindakan ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ tersebut.

Mereka ini dikatakan telah disuntik dengan larutan garam di pusat vaksinasi di Friesland, Jerman. Sebuah daerah berdekatan dengan pantai Laut Utara.

Sebuah akhbar di Jerman melaporkan pihak berkuasa kini sedang mengesan hampir 9,000 orang yang menjadi ‘ᴋᴏʀʙᴀɴ’ ᴍᴀɴɢꜱᴀ penipuan ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ terbabit untuk suntikan semula vaksin. Salah seorang ahli majlis tempatan, Sven Ambrosy berkata bahawa dia terkejut dengan notis suntikan semula yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak menyangka kejadian ini terjadi.

- Advertisement -

Apa yang dibimbangkan oleh pihak berkuasa sekarang adalah walaupun larutan garam itu tidak ᴍᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ. Namun kebanyakan mereka yang menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ dan telah disuntik dengan larutan garam tersebut datang daripada mereka yang berusia dan berisiko tinggi untuk ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ dengan ᴡᴀʙᴀᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Peter ʙᴇᴇʀ, pegawai polis yang bercakap pada sidang media mengatakan bahawa terdapat kecurigaan yang munasabah terhadap kes ini. Bagaimanapun dia menambah bahawa motif disebalik kejadian ini masih belum jelas. Dan kes ini sudah diserahkan kepada unit khas bagi siasatan lebih lanjut.

- Advertisement -

Pada April lalu, pihak berkuasa telah menggunakan ujian antibodi selepas terdapat ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ dari orang ramai bahawa mereka telah diberi dos vaksin yang palsu. Namun pegawai menyatakan bahawa disebabkan vaksinasi itu berlaku beberapa bulan yang lalu, ujian antibodi tidak dapat membantu ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tersebut.

Sebelum itu pada Julai lalu, ribuan orang di India menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ penipuan vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19 palsu yang dipercayai berisi air garam. Sejak itu, polis telah menahan doktor dan pegawai perubatan yang disyaki terlibat dalam kes ini. Manakala 12 pusat vaksinasi palsu berhampiran Mumbai, India kini telah diperiksa berikutan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ terbabit.

CNN melaporkan sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima ᴠᴀᴋꜱɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 palsu. Pihak bertanggungjawab dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 dari ᴠᴀᴋꜱɪɴ palsu.

- Advertisement -

Polis telah menahan 14 orang kerana disyaki menipu, cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ, ᴋᴏɴꜱᴘɪʀᴀꜱɪ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ dan tuduhan berat yang lain. Jumlah ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berkemungkinan meningkat seiring dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL