spot_img

Doktor Pakar Guna ꜱᴘᴇʀᴍᴀ Sendiri Untuk Rawatan IUI – 100 Keluarga teraniaya

- Advertisement -

TIDAK ramai dikalangan kita mengetahui mengenai rawatan IUI atau lebih dikenali sebagai “Intrauterine Insemination”. Kaedah rawatan kesuburan atau prosedur fertiliti ini, biasanya digunakan untuk menghantar ꜱᴘᴇʀᴍᴀ secara terus ke serviks atau rahim dengan harapan untuk hamil.

Pemeriksaan rawatan IUI ini merupakan salah satu rawatan apabila masalah kesuburan yang tidak dapat dikenal pasti dan diguna-pakai oleh pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Kebiasaannya, rawatan IUI ini digunakan untuk mencapai beberapa matlamat penting terutamanya dalam peningkatan bilangan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ yang mencapai tiub fallopian dan seterusnya meningkatkan persenyawaan.

- Advertisement -

Rawatan IUI ini juga memberikan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ satu kelebihan dengan memberikannya satu permulaan, akan tetapi ia masih memerlukan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ untuk mencapai dan menyuburkan telur itu sendiri.

Sample ꜱᴘᴇʀᴍᴀ pertama kali disediakan untuk membuang ꜱᴘᴇʀᴍᴀ yang mati dan lemah dan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ terbaik kemudian diperkuat untuk meningkatkan kemampuan mereka untuk membuat bayi atau menghamilkan wanita.

Langsung Tidak Beretika !

- Advertisement -

Akan tetapi, ia menjadi satu malapetaka besar bagi 50 hingga 100 orang pesakit kerana didapati seorang doktor pakar kesuburan di Kanada dituduh telah menghamilkan wanita dengan menggunakan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ yang salah ( ꜱᴘᴇʀᴍᴀ yang tidak diketahui siapa pemiliknya), termasuklah ꜱᴘᴇʀᴍᴀnya sendiri.

Dalam satu laporan portal USA Today, doktor pakar terbabit bagaimanapun berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ, termasuk ꜱᴘᴇʀᴍᴀnya sendiri bagi menghamilkan pesakit yang mendapatkan rawatan serta perkhidmatan daripadanya.

- Advertisement -

Hal ini terbongkar apabila seorang daripada mangsa menjalankan Ujian DNA ( Deoxyribonucleic). Menurutnya juga, pada tahun 1989, pasangan Davine dan Daniel telah mendapatkan rawatan IUI yang dikendalikan oleh pakat kesuburan tersebut untuk mendapatkan bantuan dari segi kehamilan. Disebabkan prosedur itu berjaya dilakukan maka Davine selamat melahirkan anak mereka, Rebecca Dixon, pada 1 Jun 1990 dan mempercayai Rebecca merupakan anak kandung mereka.

Kegiatan Keji Terbongkar

Namun semuanya terbongkar apabila Ujian DNA yang dijalankan keatas mereka bertiga mendapati bahawa Rebecca Dixon, bukanlah anak kandung kepada Daniel akan tetapi anak kepada doktor pakar tersebut.

Sejak kes itu berlaku, banyak pesakit dibawah perkhidmatan pakar kesuburan tersebut telah tampil memberikan kerjasama dan ingin mengetahui kebenarannya. Dan apa yang mengejutkan, hasilnya setakat ini sahaja, terdapat lebih kurang 17 anak merupakan keturunan biologi doktor tersebut dan sementara 83 anak lagi tidak diketahui identiti bapa kandung mereka.

Susulan itu, portal tersebut juga melaporkan tertuduh bersedia dan bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak $10.7 Juta atau sekitar RM36 Juta kepada mangsa-mangsanya.

Semasa prosiding dilakukan, Hakim telah memutuskan untuk meluluskan pampasan tersebut dan ia akan dibayar kepada keluarga dan individu yang terbabit, terutamanya individu yang menerima sample ꜱᴘᴇʀᴍᴀ yang salah ketika prosedur dijalankan yang digunakan oleh tertuduh secara tidak beretika semasa proses rawatan tersebut.

Dilaporkan juga, wang hasil pampasan itu digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan pencarian data DNA para mangsa-mangsa termasuklah pesakit yang pernah memberikan ꜱᴘᴇʀᴍᴀ kepada tertuduh bagi mengesan identiti bapa kandung kanak-kanak yang terlibat.

Bagaimanapun, doktor pakar kesuburan atau tertuduh itu menafikan sekeras-kerasnya perbuatannya dan terus menerus menyangkal kesemua tuntutan yang dibuat ke atas dirinya, serta menolak segala tanggungjawab.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL