spot_img

Mesej Terakhir Pesakit Covid Di Facebook Buat Warga Maya Sebak

- Advertisement -

SETIAP pertemuan pasti akan melalui perpisahan. Di mana ada pengawalan, pasti akan ada pengakhiran. Itu lah roda-roda kehidupan.

Ketika pengakhiran sesebuah perjalanan akan menjadi pengawalan perjalanan kepada yang lain. Sebuah perpisahan pasti akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru.

Kes positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 di Malaysia masih mencatatkan kes harian yang tinggi dengan jumlah ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ yang semakin meningkat.

- Advertisement -

Terbaharu, tular di media sosial dengan kisah Muhammad Hanizam Azman, 30, yang pergi menghadap ilahi akibat ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ ᴠɪʀᴜꜱ tersebut.

“Sy (saya) akan ditidurkan, maafkan semua”.

- Advertisement -

Itu merupakan hantaran terakhir dimuat naik Muhammad Hanizam Azman atau lebih dikenali sebagai ‘angah’ di Facebooknya sebelum dia meninggal dunia akibat positif di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Sultan Abdul Halim (HSAH), pada 13 Ogos 2021 lalu.

Lebih menyayat hati, Allahyarham meninggal dunia empat jam selepas memuatnaik hantaran itu dengan ramai rakannya masih meninggalkan komen tanpa mengetahui dia sudah pergi buat selama-lamanya.

- Advertisement -

Dia yang mesra dipanggil Angah dalam kalangan keluarga serta rakan juga adalah seorang penyanyi dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009.

ᴀʀᴡᴀʜ juga pernah dinobatkan sebagai johan Bintang Asli Remaja kategori lelaki yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah pada 2014.

Sepupu ᴀʀᴡᴀʜ, Khairul Hairuzi Osman, 36, berkata, pemergian Angah sangat dirasai kerana mereka berdua memang rapat sejak kecil namun dia reda dengan takdir.

Menurutnya, dia dan ᴀʀᴡᴀʜ tinggal bersama kerana rumah mereka di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda berhampiran.

“ᴀʀᴡᴀʜ seorang yang rajin bekerja, selain menerima undangan menyanyi, saya dan Angah turut menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.”

“ᴀʀᴡᴀʜ juga cukup mesra dengan semua orang dan tidak pernah berkira langsung untuk menghulurkan bantuan sekiranya saya atau rakan dalam kesusahan,” katanya.

Dia dan ᴀʀᴡᴀʜ ada memelihara seorang anak angkat lelaki yang kini berusia dua tahun dan sebelum meninggal dunia ᴀʀᴡᴀʜ berpesan supaya menjaga anak angkat itu dengan baik.

“ᴀʀᴡᴀʜ yang masih bujang adalah anak kedua daripada lima beradik dan semua ahli keluarganya ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dengan ada antara mereka masih menjalani kuarantin.”

“Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan pemergiannya kecuali ibu ᴀʀᴡᴀʜ kerana masih ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ menggunakan bantuan oksigen,” katanya.

Mereka kali terakhir bertemu selepas dia menghantar ᴀʀᴡᴀʜ yang mengadu tidak boleh bernafas ke HSAH tiga hari sebelum itu. Jelasnya lagi.

Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya, dapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ jika anda bergejala dan jangan takut untuk mengambil ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴ. Kita Jaga Kita.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL