spot_img

NASA Cari Calon Untuk Tinggal Di Marikh Selama Setahun.

- Advertisement -

NASA atau nama panjangnya ialah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika merupakan satu badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk mengelola dan mentadbir program angkasa lepas yang berpusat di negara tersebut. Awalnya badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil daripada perlaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.

Secara umumnya, NASA ini merujuk kepada satu agensi angkasa lepas yang terulung di seluruh dunia dan bertanggungjawab terhadap penyelidikan mengenai aeroangkasa ketenteraan dan awam bagi satu jangka masa yang panjang.

- Advertisement -

Baru- baru ini , portal NASA telah menyebarkan hebahan pencarian sukarelawan ataupun individu yang berminat dan sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Marikh selama setahun. Bagi individu yang terpilih dan lulus, mereka akan ditempatkan di pusat latihan bagi mendalami dan mengenal bagaimana rasanya menjadi angkasawan yang ditempatkan di planet Marikh untuk misi jarak jauh daripada bumi yang dijangkakan bermula pada 2022.

Sebagai persiapan menghadapi cabaran kehidupan sebenar, misi masa depan ke Marikh, NASA turut mengkaji bagaimana seseorang individu tersebut yang bermotivasi tinggi bertindak balas terhadap ketahanan simulasi yang berasaskan pendaratan jangka panjang. NASA turut menjelaskan apabila telah menjelajah jauh ke kosmos, maka pengalaman angkasawan itu pasti akan berubah.

Misi siri simulasi ini juga dikenali sebagai Crew Health and Performance Exploration Analog ( CHAPEA), merupakan satu siri misi analog yang akan mensimulasikan penginapan sepanjang tahun di permukaan planet Marikh.

- Advertisement -

Setiap misi akan terdiri daripada 4 orang anak kapal yang tinggal di Mars Dune Alpha iaitu sebuah habitat seluas 1700 kaki persegi yang terpencil. Semasa misi ini di jalankan, kru-kru kapal akan melakukan pergerakan angkasa yang akan disimulasikan dan akan memberikan data mengenai pelbagai faktor yang mungkin merangkumi kesihatan dan prestasi fizikal serta tingkah laku.

Menurut Grace Dougles, saintis teknologi makanan utama analogi ini sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan hidup yang kompleks di permukaan Marikh.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, semasa latihan simulasi di bumi, ia akan membantu kita untuk memahami dan mempelajari cabaran mental dan fizikal sebagai seorang angkasawan sebelum bertolak ke Marikh.

Program yang dikendalikan oleh CHAPEA ini merangkumi 3 misi analog iaitu misi analog pertama yang bermula pada tahun 2022, misi analog ke dua pada 2024 dan terakhir misi analog pada tahun 2025.

Dasar utama misi analog ini dijalankan adalah untuk mendapatkan data yang paling tepat semasa analog dijalankan, data terperinci mengenai habitat yang merangkumi persekitaran seperti komunikasi, keterbatasan sumber, pengasingan, kegagalan peralatan dan beban-beban kerja yang signifikan.

Syarat yang ditetapkan NASA untuk menjadi calon sukarelawan ini adalah berumur 30-50 tahun, sihat tubuh badan, berwarganegara Amerika Syarikat, mahir berbahasa Inggeris, mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang relevan, tidak merokok, termasuklah pemegang sijil Ijazah Sarjana atau setaraf dengannya. Selain itu, turut di pertimbangkan adalah pengalaman profesional selama 2 tahun atau sekurang-kurangnya 1000 jam penerbangan sebagai juruterbang.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL