spot_img

Rantai Emas Kena ʀᴀɢᴜᴛ Tetapi ᴍᴀɴɢꜱᴀ Ingin Bagi RM500 Pula Kepada ᴘᴇʀᴀɢᴜᴛ

- Advertisement -

SEORANG pengusaha bengkel motor telah menceritakan pengalamannya ᴅɪꜱᴀᴍᴜɴ di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Teja, Rawang. Menurut lelaki yang dikenali sebagai Buvan itu, rantainya ditarik ketika dia dalam perjalanan ke bengkelnya.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik di akaun Facebooknya dan menerima pebagai reaksi netizen.

“Bangsa tak nak cakap, sebab saya anak Malaysia, dia pun anak Malaysia. Saya taknak cerita pasal bangsa dalam video ini”

- Advertisement -

Difahamkan Buvan cuba mengejar ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu sambil menangis. Namun dia tidak sempat mengejar kerana faktor motornya yang uzur. Setelah itu dia berpatah balik ke kedai dan cuba berfikir tindakan seterusnya bagi dia dapatkan semula rantainya itu.

Baginya, rantai emas itu amat bernilai dan merupakan pemberian kakaknya selepas berkahwin sebelum pindah keluar rumah.

- Advertisement -

Kemudian Buvan cuba mencari rumah atau kedai sekitar yang mempunyai CCTV dan akhirnya berjaya menemukannya. Walau bagaimanapun, rakaman CCTV itu tidak berjaya merakam nombor pendaftaran motor yang ᴍᴇɴʏᴀᴍᴜɴɴʏᴀ gara-gara tulisan yang terlalu kecil.

Hanya jenis motor dan beg Grab yang dibawa bersama ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ sahaja yang jelas kelihatan.

- Advertisement -

Dalam keadaan cuba menahan sebaknya, Buvan sempat berpesan untuk menularkan video ini supaya sampai ke pengetahuan ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ berkenaan. Walaupun berasa marah dengan apa yang terjadi, dia mengharapkan ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu memulangkan rantai kesayangannya di bengkel motornya di Rawang.

Pengusaha bengkel ini bagaimanapun tidak menyalahkan ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu memandangkan musim ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini ramai kehilangan kerja dan pendapatan. Dia memikirkan kemungkinan ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu berada dalam kesusahan, mempunyai masalah keluarga atau anak yang ꜱᴀᴋɪᴛ.

Lebih mengharukan Buvan sanggup membayar RM500 jika ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu betul-betul berada dalam kesusahan dan memulangkan rantai bersama loket ke kedainya. Dia turut menjamin keselamatan lelaki itu kerana kedainya tidak mempunyai CCTV dan ᴘᴇɴʏᴀᴍᴜɴ itu boleh mengembalikan dan meninggalkan nombor akaunnya sekali tanpa perlu berasa risau.

Sikapnya yang positif dengan keadaan yang dialaminya ini mendapat pujian netizen. Dalam kesedihan kerana kehilangan rantainya, lelaki ini masih ada niat untuk membantu.

“Apa-apa situasi you, jangan ꜱᴀᴍᴜɴ! Bukan you je tapi semua orang tolong jangan ꜱᴀᴍᴜɴ.”

“Tolonglah! Cari duit bukan senang, saya takpe, saya boleh cari duit”

Niatnya untuk mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan tahun ini terbantut gara-gara kejadian ꜱᴀᴍᴜɴ itu. Hal ini kerana baginya ‘belum merdeka’ dari kejadian seumpama ini.

Buvan turut menyatakan dia tidak akan menyambut merdeka sampai nafas terakhir selagi rantai itu tidak dipulangkan.

“Jangan ulang, jangan tarik siapa pun (jangan ᴍᴇɴʏᴀᴍᴜɴ)”

“Apa-apa situasi, rezeki boleh dapat. You boleh terlepas dalam kes ini tapi you tak boleh terlepas dari mata Tuhan.”

“You ada anak bini, ada ibu bapa. Kalau you dah takde, mereka akan kena”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL