spot_img

“Lepas Vaksin Slow La Tu Lompat”, ‘Hantu Cina’ Datang Cucuk Vaksin Buat Ramai Terhibur

- Advertisement -

KALAU kita perasanlah, dekat media sosial sejak kebelakangan ni ada saja telatah dan gelagat penerima vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) ini. Sebagai contohnya, ada aksi beberapa individu jadi perhatian sebab pakai kostum Ultraman, pakai baju kelawarlah, spiderman dan macam-macam lagi.

Namun macam kisah ni, mesti korang susah nak percaya sebenarnya ‘hantu’ pun ambil inisiatif untuk cucuk vaksin di PPV. Dorang pun takut Covid okay.

Hantu cina datang PPV

Terbaru, satu kisah ‘seram’ berlaku di PPV Jalan Genuang Segamat, Johor dan menjadi perhatian ramai.

- Advertisement -

Perkara ini dikongsikan oleh @Zahril4jmal, yang menunjukkan ketibaan ‘hantu cina’ di PPV berkenaan. Namun sebenarnya itu adalah seorang individu lelaki, yang berpakaian seperti makhluk tersebut sewaktu hendak cucuk vaksin.

Menerusi video yang telah dimuat naik di suatu aplikasi media sosial, lelaki itu dilihat betul-betul mendalami karakter tersebut sampaikan datang pun sambil melompat-lompat.

Turut difahamkan juga, lelaki tersebut yang berurusan bersama Zahril dan tetap melompat sebegitu ketika hendak menuju ke stresen berikutnya malah sehingga selesai urusan vaksinasi pun dia tetap melompat sebegitu.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut nyata memberi hiburan kepada petugas di sana, disebabkan keunikan dan dia tidak berasa malu pun berpakaian seperti makhluk itu.

“So comel and shoo cute sumpah hilang penat kerja seharian..” kata Zahril

Sehingga kini, hantaran yang dimuat naik tersebut sudah memperoleh lebih dari 500k tontonan di TikTok.

@zahril4jmalPUSAT PEMBERIAN VAKSIN SEGAMAT ADA HANTU 😰🥺 !!! ##ppvsegamat ##fypvaccine ##fypシ ##hantucina🥴🤣🤣 ##comel

♬ Classic Remix – Mini💗

Tak penat ke melompat macam tu?

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, ternyata aksi lelaki tersebut telah menghiburkan hati rata-rata netizen yang melihatnya. Di samping masih ada yang tak sangka dia nak berpakaian sebegitu, ada juga yang tertanya sama ada dia tak penat ke melompat saja sampai selesai urusan vaksinasi?

Lepas vaksin slow la tu

Tempat luas tak apalah

Hantu pun ambil vaksin

Macam ragam nak ambil vaksin

Makin kreatif betul rakyat Malaysia ni, korang belum second dose tu bolehlah fikir nak jadi apa nanti.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL