spot_img

Malaysia Tidak Akan Menghantar Wakil Untuk Bertanding Miss Universe Di ɪꜱʀᴀᴇʟ!

- Advertisement -

Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) mengesahkan bahawa Malaysia tidak akan menghantar wakil untuk ke pertandingan ratu cantik yang bakal berlangsung di Eilat, ɪꜱʀᴀᴇʟ pada tahun ini.

Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan oleh MUMO di laman media sosial Instagram pada Selasa, Malaysia terpaksa menolak jemputan penyertaan pada tahun ini kerana mengambil kira faktor penularan COVID-19 yang lebih membimbangkan.

Selain itu, Malaysia juga telah mengehadkan kebenaran bagi tujuan merentas ke luar negara ketika ini.

- Advertisement -

“Kami telah sedia maklum bahawa Organisasi Miss Universe memutuskan untuk mengadakan pertandingan tersebut di Eilat, ɪꜱʀᴀᴇʟ pada Disember 2021.

“Bagaimanapun, disebabkan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, perjalanan keluar masuk negara juga dihadkan. Kami tidak dapat menghantar penyertaan dari wakil Miss Universe Malaysia 2021.

- Advertisement -

“Kami mendoakan deligasi setiap negara akan melakukan sehabis baik pada pertandingan kali ini dan akan kembali menyertai Miss Universe pada tahun akan datang,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini pengumuman pertandingan ratu cantik Miss Universe kali ke-70 telah mengundang polemik apabila memilih ɪꜱʀᴀᴇʟ sebagai lokasi tuan rumah.

Ramai yang membantah dan menyuarakan solidariti terhadap kekejaman rejim zionis di Palestin. Sebagai tanda protes, turut tular #Boycott/MissUniverse2021.

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ia suatu helah dengan menggunakan alasan COVID-19 dan Malaysia tidak boleh rentas negeri.

“Pandai bekap sedangkan mmg Malaysian tkbole masuk ɪꜱʀᴀᴇʟ”

“Malaysia mmg x boleh msuk lsrael”

“alasan Covid-19 tp realiti nya xleh hantar wakil ke ɪꜱʀᴀᴇʟ langsung…”

“So if covid tak ada, Malaysia still akan hantar wakil ke ɪꜱʀᴀᴇʟ ke?”

“Boleh jak hantar wakil, dengan syarat lepas competition sanggup tak balik malaysia seumur hidup.”

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL