spot_img

Mengejutkan Malaysia Tidak Tersenarai Rancangan Kabel Dasar Laut Baharu Facebook Dan Google

- Advertisement -

BARU-BARU ini Facebook telah mengumumkan perancangan sistem kabel dasar laut ‘Apricot’ iaitu sepanjang 12,000km yang bakal menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Menurut laporan dari TheVibes, Malaysia kini kehilangan peluang pelaburan daripada syarikat Facebook setelah tidak tersenarai di dalam negara yang terlibat dalam sistem kabel bawah laut terbaru syarikat gergasi tersebut. Hal ini berpunca daripada pengecualian polisi kabotaj oleh Malaysia yang menolak sebarang pemasangan infrastruktur daripada pihak luar.

Sumber gambar oleh Facebook.

- Advertisement -

Facebook dijangka bakal melancarkan sistem kabel bawah laut pada tahun 2024 dalam memenuhi permintaan data di rantau ini serta menyokong sistem kabel yang sedia ada.

Dilaporkan akibat daripada polisi ini Malaysia bakal menambahkan lagi kebergantungan kepada negara jiran dalam menampung trafik data yang besar berikutan kekurangan pusat data jaringan fiber. Oleh hal tersebut, syarikat gergasi ini mengelak dari melabur di negara ini.

SUMBER GAMBAR: EDGY APP

- Advertisement -

Dalam perkembangan terbaru, Facebook dikatakan sudah bersetuju untuk berkerjasama dengan Google dalam projek pemasangan jaringan kabel fiber berkelajuan tinggi pada dasar laut ini.

Isu ini dikatakan turut memberi impak yang besar terutamanya dari segi prestasi jaringan data kepada negara yang sedang membangun. Dapat dilihat infrastruktur yang sedia ada sudah kian tenat dalam menampung keperluan penggunaan rakyat Malaysia bagi menempuh revolusi industri 4.0 pada hari ini.

Dalam usaha menawarkan internet berkelajuan tinggi di Malaysia, Serba Dinamik telah melancarkan perkhidmatan internet berasaskan satelit yang boleh merangkumi kawasan terpencil.

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, ramai para warga maya memberi pendapat dan pandangan mengenai hal ini.

“Tak terkejut apa pun kalau malaysia banyak terlepas projek2 mega macam ni. Ni lah yang kita dapat bila asyik bertukar kerajaan, pemimpin yang bertukar2 semua nya visi berbeza2. Belum yang ego menebal tak mahu lawan tinggalkan apa2 legasi, padahal yang dpt manfaat rakyat juga. Tgk lah plan bullet train singapore-penang pun terbatal bila kerajaan bertukar pastu kerajaan baru tak nak teruskan. Nak sangat bertukar2 kerajaan. Terima jela.”

“Polisi cabotage malaysia agak strict. Tu Giant tech tak nak masuk.”

Kabel Dasar Laut .

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL