spot_img

“Petapa” Keluar Dari Gua Setelah 20 Tahun Ambil Vaksin Kerana Takut Dijangkiti

- Advertisement -

ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sememangnya pandemik yang sangat menakutkan sehingga membuatkan lelaki yang telah bertapa di dalam gua selama 20 tahun keluar untuk mendapatkan vaksin.

Panta Petrovic yang berasal dari Serbia dilaporkan keluar mendapatkan vaksin kerana takut ᴠɪʀᴜꜱ tersebut akan merebak ke gua dan menjangkitinya.

Memetik laporan sebuah Media Luar Negara, Petrovic telah mendapat tahu mengenai ᴄᴏᴠɪᴅ-19 semasa dalam perjalanan ke pasar di kampung halamannya di Pirot pada tahun lalu.

- Advertisement -

Apabila dia sedar mengenai bahaya ᴠɪʀᴜꜱ itu, dia mengatakan bahawa dia perlu mendapatkan vaksin secepat mungkin dan kini dia bersyukur kerana telah mendapatkannya.

“Ini tidak boleh terjadi, ia (ᴄᴏᴠɪᴅ-19) akan datang ke gua saya juga nanti,” katanya.

- Advertisement -

Lelaki itu juga mengatakan bahawa dia tidak faham kekecohan mengenai anti vaksin yang tidak mahu menerima vaksin.

“Saya ingin mendapatkan ketiga-tiga dos, saya menggesa setiap warganegara untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Sementara itu, ‘rumahnya’ hanya dapat diakses dengan melakukan pendakian yang sangat curam. Dia hidup di dalam gua itu berbekalkan bantuan yang diberikan kepadanya termasuk bantuan makanan dan keperluan untuk haiwan peliharaannya.

- Advertisement -

Ditanya mengapa tinggal di gua itu, Petrovic mengatakan bahawa dia tidak merasa bebas ketika tinggal di bandar.

“Di bandar, akan ada perkara yang selalu menganggu fikiran anda termasuk apabila berdebat dengan isteri, jiran atau polis. Justeru, saya tinggal di sini kerana tiada siapa yang menganggu saya,” katanya.

Difahamkan, lelaki yang berusia 70 tahun itu bekerja sebagai buruh sebelum dia memutuskan untuk berpindah ke gua itu.

Kini, dia menghabiskan hidup sehariannya dengan mencari sisa makanan dari tong sampah, pergi memancing di sungai dan memakan cendawan.

Di dalam gua itu, dia juga mempunyai tab mandi lama yang sudah berkarat dan dijadikan sebagai tandas, beberapa bangku dan jerami sebagai tempat tidurnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL