spot_img

Internet Lembab? Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Kesan Pencuri Wifi

- Advertisement -

SEKIRANYA anda menggunakan sambungan internet secara WiFi, kami yakin anda pernah mengalami situasi di mana prestasi WiFi anda terasa perlahan pada waktu-waktu tertentu membuatkan aktiviti harian anda terbantut. Salah satu faktor berlakunya situasi berkenaan adalah berpunca daripada pencerobohan dan anda perlu tahu cara kesan pencuri WiFi tersebut.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @hafizi.zain, beliau telah berkongsi cara untuk kesan pencuri WiFi di rumah yang menyebabkan internet menjadi perlahan. Kebiasaanya pengguna mungkin terlepas pandang berkenaan perkara ini kerana kurang pendedahan.

SUMBER GAMBAR: APLIKASI FING.

Pertamanya, muat turun aplikasi Fing yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.

- Advertisement -

Kedua, klik terima terma dan syarat serta membenarkan akses fungsi lokasi pada aplikasi ini.

Ketiga, setelah siap semua tetapan, bahagian utama akan dipaparkan dua pilihan menu iaitu sambungan WiFi yang digunakan dan nama penyedia internet.

Keempat, pada bahagian menu sambungan WiFi ini, klik pada Scan for devices. Menerusi pilihan tersebut, anda akan melihat senarai penuh peranti yang sedang menggunakan sambungan WiFi berkenaan.

SUMBER GAMBAR: APLIKASI FING
- Advertisement -

Kelima, anda perlu meneliti setiap peranti dalam senarai untuk memastikan hanya pengguna yang dikenali sahaja dibenarkan.

Keenam, sekiranya terdapat peranti yang meragukan, klik pada nama peranti ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ tersebut.

Kemudian, pergi pada bahagian bawah dan klik pada Remove device untuk buang ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ daripada terus mengakses rangkaian WiFi ini.

- Advertisement -

Sebaiknya selepas sudah menyingkirkan semua peranti yang tidak berkenaan, anda perlu menukar kata laluan yang baru supaya tidak boleh diakses oleh ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ pada masa kelak. Terdapat cara yang lebih berkesan bagi mereka yang masih menghadapi ini dengan menyenarai hitam mac address menerusi laman portal router yang dipakai.

SUMBER GAMBAR: APLIKASI FING.

Menariknya, aplikasi ini boleh membuat pantauan pada setiap masa di rangkaian WiFi tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong integrasi ke komputer yang memudahkan maklumat rangkaian WiFi termasuk prestasi internet, ancaman pencerobohan dan senarai pengguna diakses melalui telefon pintar dan komputer pengguna sekaligus.

Semoga dengan tutorial ini anda dapat mengelakkan daripada individu tidak dikenali menggunakan WiFi anda. Kini anda boleh menikmati prestasi internet pada tahap yang maksimum bersama keluarga dalam menjalani aktiviti seharian.

Rakaman yang tular

@hafizi.zainJom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 ##tiktokguru ##viral ##tipswifi ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia ##foryou♬ Epic Music(842228) – Pavel

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL