spot_img

Kerana Beban Sewa Atu Zero Tutup Kedai Dan Mahu Urus ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Percuma

- Advertisement -

KIRA-KIRA dua tahun lalu, kunjungan pelawak Atu Zero, 29, ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah sekadar menziarahi penduduk tempatan dalam misi dakwah diketuai Nazzri Abdul atau dipanggil Imam Nazzri.

Namun, dalam lawatan itu, Atu atau nama sebenar, Sharid Kunal Doli Sharif menyedari wujud kelemahan dalam sistem pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di pulau berkenaan.

Bertolak daripada itu, tercetus niat Atu dan kumpulan pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜɴʏᴀ, Pusat Tarbiyah Al Muhajirin, menawarkan khidmat secara percuma kepada penduduk setempat termasuk fakir miskin di Kudat.

- Advertisement -

“Kalau mahu diimbas semula, pada kunjungan pertama ke Pulau Banggi, saya hanya berniat mendedahkan penduduk tempatan mengenai Islam dan mengajar membaca Al-Quran.”

“Tetapi hendak dijadikan cerita, kami lihat kelemahan daripada segi pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di pulau berkenaan yang dianggap antara kawasan terpencil di Sabah.”

“Bapa saudara saya kemudian menasihatkan kami menawarkan khidmat pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ percuma sebagai saham akhirat,” kata Atu Zero.

- Advertisement -

Atas kesedaran dan saranan diberi bapa saudaranya itu, Atu berkata, mereka beroleh semangat untuk membantu penduduk tempatan menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ perkampungan itu.

“Kali pertama, kami menguruskan kes di mana ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dibawa dari ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Kudat ke perkampungan itu dengan menaiki bot.”

“Jadi, proses pengurusan bermula dari darat hingga lautan di mana ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ di Pulau Banggi,” katanya.

- Advertisement -

Atu berkata, pada peringkat permulaan, dia dan pasukan pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ melakukan kerja pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ secara kecil-kecilan.

“Kita menawarkan khidmat ini secara percuma dengan menggunakan sejumlah modal. Namun, dana yang ᴅɪꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴋᴀɴ insan pemurah membantu kami.”

“Insya-Allah, perkara yang baik pasti dipermudahkan Tuhan. Bagaimanapun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan sementara.”

“Ketika itu, saya dan isteri memberi tumpuan kepada kerja menghasilkan pakaian pelindung diri (PPE) bagi membantu kerajaan mengurangkan risiko penularan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dalam komuniti,” katanya.

Berkongsi pengalaman menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di Pulau Banggi, Atu berkata, pernah pada suatu ketika, van yang digunakan rosak.

“Namun, pada PKP 2.0, ada individu menawarkan van miliknya untuk mengendalikan kerja pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ.”

“Isyarat daripada Tuhan cukup menjadikan kami lebih bersemangat. Hari demi hari, ada sahaja bantuan diberi bagi memudahkan urusan kami,” katanya.

Atu Zero mendapat ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ kit ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ daripada Ustaz Ebit Lew untuk penduduk Islam di Kudat. – Foto IG Atu Zero

Atu berhasrat membeli ‘caravan’ bagi tujuan pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang lebih sistematik.

“Saya berhasrat membeli ‘caravan’ yang lebih besar bagi mengurangkan kos penyelenggaraan van yang digunakan sekarang.”

“Kenderaan ‘caravan’ itu dilengkapi kemudahan memandikan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ termasuk sistem paip yang baik. Saya pernah tengok ‘caravan’ seumpama itu diusahakan bapa mentua Ajak Shiro di Kluang, Johor,” katanya.

Atu berkata, ‘caravan’ sesuai digunakan mengambil kira saiz rumah di perkampungan itu kecil selain surau dan masjid jauh dari kawasan penempatan.

“Saya fikir ‘caravan’ yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan dapat mengatasi masalah pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ. Mana tahu, andai impian membeli kenderaan itu dipermudahkan, kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,” katanya.

Atu berkata, selain membantu membawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ke penempatan dan urusan ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴ, pihaknya juga menguruskan pelbagai perkara membabitkan tuntutan waris di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ.

“Tidak ketinggalan, isu dokumentasi sah seperti ketiadaan MyKad si ᴍᴀᴛɪ. Ini menyukarkan waris menuntut menuntut khairat ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ,” katanya.

Atu berkata, dia turut menghantar ahli kumpulan terutama anak muda menjalani kursus pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ.

“Kursus pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di bandar besar lebih terkini dan lengkap. Ini dapat menarik perhatian anak muda yang cenderung melakukan aktiviti tidak sihat.”

“Contohnya, daripada melepak atau berseronok, mereka boleh dibimbing ke jalan betul. Terbaharu, saya dimaklumkan ada kanak-kanak berusia 12 tahun turut serta dalam kegiatan kumpulan kami,” katanya.

Atu bersyukur kelengkapan seperti kain kapan dan kit ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ mencukupi hasil ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ beberapa individu.

“Setiap tahun, saya peruntukkan sebahagian daripada rezeki yang diperoleh untuk kerja murni ini. Namun, kita berusaha sehabis mampu dan Insya-Allah, ada jalannya,” katanya.

Menganggotai kumpulan komedi, Zero bersama abangnya Syaiful dan Sharif. Isteri Atu menjual kek lapis di mana RM5 bagi setiap kotak terjual disalurkan bagi membiayai khidmat pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di Kudat.

 

Terdahulu, Atu Zero, 29, mendedahkan dia kini dalam pertimbangan menutup kedai perniagaan kek lapis dan butiknya di Setia Alam, Selangor selepas semakin terbeban membayar sewa premis itu.

Menurutnya, perniagaan kek lapis bersama isterinya Shafeeqa Johari, 35, itu masih akan diteruskan tetapi hanya beroperasi dari rumah saja.

“Memang sayang rasanya apalagi kedai itu sudah kami ubah suai serta sewanya agak berpatutan. Namun begitu, buat masa ini memang kami semakin terbeban untuk membayar sewa bulanannya.”

“Kami pun sudah memaklumkan kepada pemilik premis itu untuk memberi laluan kepada penyewa baharu yang lebih berkemampuan jika ada. Kami dengan rela hati sudi melepaskannya.”

“Buat masa ini, kami akan tengok keadaan dulu bagaimana tapi kemungkinan besar memang terpaksa menutupnya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pendapatan kami merosot serta masih perlu bayar komitmen lain seperti rumah dan kereta,” katanya.

Atu mengakui buat masa ini dia perlu mengawal belanja apalagi industri hiburan masih dilarang untuk beroperasi. Justeru, banyak hal perlu dipertimbangkannya sebelum dapat dibenarkan kembali bekerja semula kelak.

“Kali terakhir saya terbabit aktiviti seni adalah menerusi Muzikal Lawak Superstar 2. Selepas itu, bila PKP 3.0 memang sudah tiada pekerjaan selain perniagaan kek lapis dan butik berkenaan.”

“Meskipun pendapatan jual kek lapis masih ada, tapi perniagaan makanan lain tak dapat dijalankan di premis itu kerana larangan makan di dalam kedai. Justeru, kami berfikir untuk menutupnya saja,” katanya.

Dalam pada itu, Atu mengakui terharu apabila mendapat kata-kata sokongan daripada Ustaz Ebit Lew yang menyuruh mereka untuk tidak berputus-asa.

“Beliau ada juga menyatakan keinginan untuk membantu perniagaan kami. Namun begitu, kami meminta beliau lebih baik dulu membantu program pengurusan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang kami jalankan di Kudat, Sabah,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL