spot_img

Kisah Rumah MISTERI Di Pulau Terpencil

- Advertisement -

Semestinya tinggal dibandar boleh dikatakan agak hinggar binggar berbanding dengan kawasan kampung atau pendalaman. Akan tetapi, pernahkah anda terfikir wujudnya sebuah rumah misteri di suatu kepulauan, malah ia jauh dari dataran! Bayangkan pula tiada jiran tetangga, mahupun sesiapa sahaja kecuali diri anda dan keluarga anda. Adakah anda mahu terus tinggal di sana atau berpindah ke tempat yang ada penduduk ?

Jika dibandingkan dengan zaman sekarang, kadangkala kita mesti terfikir untuk tinggal dalam suasana sepi dan nyaman, tetapi adakah anda berani jika ditawarkan untuk tinggal di kediaman tersebut seorang diri ?

Dikhabarkan, wujud sebuah rumah di kepulauan di Iceland. Kebanyakan foto-foto rumah tersebut telah pun tular di laman internet kerana keanehan kedudukannya malah tanpa disengajakan, ia digelar sebagai “Rumah Paling Sepi Di Dunia”.

- Advertisement -

Rumah ini terletak di pantai selatan Iceland kepulauan Vestmannaeyjar yang terdiri daripada sekumpulan pulau-pulau yang kecil. Manakala rumah tersebut pula terletak di kepulauan Ellidaey atau dikenali juga sebagai Ellirey. Mengikut kefahaman geografi, ia merupakan pulau ketiga yang terbesar dan terletak di selatan Iceland. Keluasannya sahaja dianggarkan lebih kurang 0.45 kilometer persegi dan dimiliki oleh Persatuan Perburuan Ellidaey. Ia juga dikhabarkan sebagai salah satu kawasan Pemuliharaan Kebangsaan kerana pulau ini menempatkan beberapa koloni burung laut yang unik dan signifikan.

Berdasarkan sebaran foto di Internet, maka dia menjadi satu-satunya rumah yang ikonik sesuai dengan kedudukannya yang berada di kepulauan serta dikelilingi laut.

- Advertisement -

Walaupun dari kejauhan ia tampak seperti sebuah rumah yang indah berserta dengan keindahan alam disekitarnya, ia difahamkan sejak 1930-an lagi, pulau tersebut tidak lagi berpenghuni tetapi yang menghairankan ia sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan utuh !

Maka, muncullah beberapa teori dan khabar angin mengenai misteri rumah tersepi di dunia itu yang tersebar luas di Internet. Ada yang menyatakan ia dibina oleh seorang ahli perniagaan yang aneh sebagai tempat perlindungan daripada ancaman kiamat dan zombi. Bahkan khabar angin mengatakan ia merupakan milik kepada seseorang yang fanatik pada agama.

- Advertisement -

Tidak berhenti disitu sahaja, turut dikhabarkan bahawa ia milik Bjork yang dikatakan memiliki pilau percutian yang indah itu bahkan, ia pernah dikatakan telah berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau tersebut.

Sehingga kini, tiada pun satu khabar angin mahupun teori konspirasi ini dapat menjawab segala kebenaran mengenai rumah tersebut.

Sebenarnya, rumah paling sepi utu hanyalah sebuah pondok pemburuan yang dibina pada tahun 1950 oleh persatuan Ellidaey. Ia juga digunakan ketika mereka datang ke kepulauan tersebut untuk memburu burung-burung laut.

Tidak jelas bagaimana pulau tersebut mempunyai persatuan Perburuan memandangkan tiada yang tinggal disana, tetapi itulah yang terjadi.

Apa yang menariknya lagi, ada segelintir keluarga yang tinggal di Pulau Ellidaey sehingga tahun 1930-an. Ketika itu, mereka akhirnya memutuskan untuk berpindah ke wilayah-wilayah yang lebih berpenduduk di Iceland untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Namun, mereka tahu sekiranya mereka berpindah, kemungkinan mereka tidak akan dapat memburu burung-burung laut serta ikan Atlantik dan oleh kerana itulah kemungkinan wujudnya persatuan Perburuan.

Difahamkan juga, walaupun rumah tersebut dijaga rapi oleh persatuan tersebut dan mempunyai sauna, ia bukanlah sebuah rumah yang selesa untuk dijadikan kediaman kerana ketiadaan elektrik dan juga bekalan air yang bersih.

Oleh kerana Pulau Ellidaey adalah kawasan bagi burung petrel dan burung laut, ia bagaimanapun telah disenaraikan sebagai rizab alam semulajadi dan kawasan yang dilindungi, tetapi tiada halangan jika ahli persatuan perburuan Ellidaey datang untuk memburu burung-burung tersebut.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL