spot_img

Pakdin Nasty Jadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ PayPal, Sapu Habis RM189K

- Advertisement -

SETIAP bisnes dalam talian memerlukan platform pembayaran bagi memudahkan transaksi berlangsung antara pelanggan dan penjual. Antara pilihan yang biasanya digunakan dalam kalangan pemilik bisnes adalah platform pembayaran PayPal.

Kepentingan platform pembayaran dalam talian bagi suatu bisnes membolehkan proses transaksi dapat dilakukan dengan pantas pada peringkat global dengan selamat. Secara tidak langsung, anda sesebuah bisnes boleh mengembangkan jumlah pelanggan serta membolehkan transaksi dibuat pada bila-bila masa dengan mudah.

SUMBER GAMBAR: HACKERNOON

Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku pada lelaki ini setelah duitnya diambil tanpa pengetahuan oleh platform tersebut. Menerusi perkongsian Twitter @Pakdinasty, beliau meluahkan rasa tidak puas hati apabila wang berjumlah RM189,000 telah diambil tanpa sebarang penjelasan yang kukuh daripada platform pembayaran PayPal.

- Advertisement -

Duit hasil jualan daripada pelanggan di dalam dan luar negara yang dibekukan selama 6 bulan menerusi PayPal tidak boleh diambil pada tarikh sepatutnya. Pada mulanya tiada polisi berkaitan penjualan produk vape dan hasil jualan masih boleh diterima. Malah, akaun tersebut dijaga dengan baik oleh seorang pengurus akaun dan sering berurusan sekali.

Sekitar Febuari yang lalu, PayPal telah menukar polisi yang menyatakan tidak akan menerima urus niaga vape lagi dan beliau akur dengan keputusan tersebut. Malahan, beliau juga dimaklumkan tidak perlu risau dengan baki wang yang masih sedia ada dan jumlah baki sebesar RM189,000 dibiarkan terlebih dahulu pada akaun tersebut.

- Advertisement -

Tidak lama selepas itu, beliau menerima sebuah lagi emel memaklumkan pembekuan akaun selama tempoh 6 bulan dari PayPal. Tiba pada tarikh yang ditetapkan, beliau mendapati wang miliknya sudah hilang daripada akaun tersebut. Lalu beliau menghubungi pihak Paypal bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah beliau apabila diberitahu telah dikenakan denda sebanyak $2,500 (~RM10,000) bagi setiap pelanggaran polisi di akaun tersebut. Bukan hanya dikenakan cas semata-mata bahkan tiada sebarang notis emel kepada pemilik akaun bagi tindakan tersebut.

- Advertisement -

Perkara ini dilihat sangat serius memandangkan terdapat sebahagian pemilik bisnes turut menimpa nasib yang sama. Pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan apabila diajukan soalan berkaitan isu ini kepada pihak PayPal.

Rentetan daripada isu ini, anda diingatkan untuk melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum buat pemilihan platform pembayaran pada laman web. Wang yang sudah diambil tidak sesekali akan dikembalikan dengan mudah. Untuk mengelakkan risiko wang ditelan, pastikan setiap peraturan yang tersedia sudah diteliti bagi platform yang dipilih.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL