spot_img

Pemandu Ambulans Buat Hal

- Advertisement -

SEJAK Covid19 melanda negara kita, pekerjaan sebagai pemandu Ambulans merupakan salah satu perkerjaan yang penting bagi mengambil serta menghantar pesakit yang dijangkiti Covid19 ke hospital-hospital berdekatan.

Walaupun sebelum ini, pekerjaan ini kurang mendapat perhatian kerana kekurangan kes, tetapi sehingga hari ini, ada sahaja yang menghubungi talian 999 untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan kecemasan dengan khidmat ambulans dengan kadar segera terutamanya bagi kes Covid19.

Menjadi pemandu Ambulans bukanlah suatu pekerjaan yang senang malah ia sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan dari segi mental serta kecekapan dari segi pemanduan agar para ahli paramedik yang lain boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan dengan kadar segera.

- Advertisement -

Jika dilihat di jalanraya pada ketika ini, ada sahaja kedengaran bunyi siren ambulans yang menandakan terdapat kes kecemasan di serata tempat ataupun kes-kes pesakit yang positif covid. Ia menjadikan pekerjaan ini menjadi tersangatlah penting pada saat ini.

Sejajar dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat duduk di rumah sahaja bagi mengekang pergerakan agar data jangkitan Covid19 menurun, barisan hadapan juga telah memainkan peranan masing-masing untuk memberikan info betapa bahayanya Virus Covid19 sehingga boleh mengancam nyawa.

Antaranya ialah,  seorang pemandu Ambulans ini telah beliau membuat konten di Tiktok  dengan ayat “time-time sekarang ni kita duduk je dulu ye. Lepas ni baru kita pergi bercuti ya.”

- Advertisement -

Apa yang melucukan adalah, beliau menunjukkan “percutian” semasa tugasan menjadi pemandu ambulans dengan meniru lagu sebelumnya yang membuatkan para penonton mendengarnya merasa terhibur.

Bagaimanapun, video tersebut dibuat untuk menasihati masyarakat agar sentiasa berada di rumah dan mematuhi arahan daripada kerajaan.

Lihat Video penuh di bawah ;

@nazimzulkepli

#stitch with @itspiashah time2 sekarang ni kita duduk rumah je dulu ya.Lepas2 ni baru kita pegi bercuti ya. #tiktokmalaysia #frontliner #fypシ #fyp

♬ original sound – nazim zulkepli – nazim zulkepli

- Advertisement -

Gendang gendut bunyinya 

Ada juga diantara pengikutnya yang mendoakan agar pemandu Ambulans tersebut sentiasa bersabar dan dilindungi daripada virus Covid19.

Perkongsian daripada video tersebut telah mendapat sambutan hangat iaitu sebanyak 1.8 juta penonton, 139.7k likes, 10.1k komen yang diberikan serta telah dikongsi sebanyak 12.8k.

Selain video ini, beliau juga yang dikatakan mirip kepada pelawak terkenal iaitu Rahim Sepahtu turut memuat satu lagi video nasihat berunsurkan lawak tetapi sangat bermanfaat.

Video tersebut telah mendapat sebanyak 371.7k penonton, 25.4 likes, 2102 komen serta dikongsi sebanyak 8375 perkongsian.

Muka macam Rahim Sepahtu

Dalam video kedua ini, pemandu ambulans yang lebih dikenali dengan nama Nazim Zulkepli menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka dengan cara yang betul dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covid19.

“Bila aku kentut, kau boleh dengar bunyi dia, maknya tiada penjarakkan sosial diantara kita, dan kau boleh bau itu tandanya kau tidak memakai pelitup muka dengan betul.”

Ikuti video selanjutnya dibawah ;

@nazimzulkepli

Pesanan Ikhlas patuhi SOP jangan tunggu sehingga ambulan sampai depan rumah. #frontliner #covid19 #fypシ #esekeli #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – nazim zulkepli – nazim zulkepli

 

Ada juga diantara pengikutnya mengatakan wajah pemandu tersebut seakan-akan sama dengan Rahim Sepahtu.

Walaupun kes semakin meningkat diharapkan kepada semua pembaca akupapankekunci sentiasa bersabar dan teruslah menjaga penjarakan sosial dan mengikuti segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL