spot_img

Reaksi Warga Emas Ini Undang Sebak, Pemuda Berikan Kejutan

- Advertisement -

MUSIM pandemik yang melanda Malaysia menyebabkan ramai penjaja kecil terkesan berikutan Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengurangkan kes jangkitan Covid19 terutamanya bagi peniaga yang bergantung kepada perniagaan yang memerlukan orang ramai membeli secara fizikal.

Bukan peniaga sahaja malah pekerja sektor swasta juga terkesan dari segi pendapatan apabila banyak sektor swasta yang lingkup atau ditutup ekoran penangan pandemik Covid19 yang sangat hebat.

Ini menyebabkan orang ramai secara tidak sengaja terjun ke bidang perniagaan kecil-kecilan untuk menampung kehidupan harian demi sesuap nasi.

Rakyat Malaysia Yang Perihatin 

- Advertisement -

Berikutan kes yang semakin meningkat seperti tiada penghujungnya, walaupun ramai yang terjejas, akan tetapi masih ramai juga yang bersedia menghulurkan bantuan tidak kira umur, agama ataupun bangsa.

Ini jelas terbukti apabila seorang pemuda yang telah berkongsi di aplikasi TikTok nya tentang seorang warga emas yang menjual buah-buahan di tepi jalan.

” Saya ternampak makcik tu waktu dalam perjalanan nak COD di Pantai Cahaya Bulan. Makcik tu berniaga di Pangkalan Chepa berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra “.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, dia sudah dua kali lalu di laluan tersebut tetapi tidak ada seorang pun yang datang singgah untuk membeli buah-buahan makcik tersebut.

“Dalam perjalanan pulang saya lalu semula di kawasan tersebut, tetapi masih lagi tiada yang singgah di gerai makcik itu. Jadi saya pun singgahlah sebab tengok makcik tu macam sedang menunggu orang datang untuk beli buah di gerainya”.

Saksikan video penuh dibawah ;

@ekomal_Niat hanya utk membantu. Inshaa Allah blh tolong support Makcik ni sama2 😊📍Lokasi:Sk Kem, Peng. Chepa. 👩🏻‍🌾 Waktu berniaga:3pm-6pm #kongsirezeki♬ original sound – Iqmal Hakif

- Advertisement -

Semoga dimurahkan rezeki

Seramai 103.7k tontonan, rata-rata mereka turut mendoakan supaya pemuda yang bernama Muhammad Ikmal Hakif Mohd Asri, 23 tahun, dan juga warga emas yang berusia 70 tahun itu dimurahkan rezeki.

Ikmal juga menambah, warga emas tersebut tinggal bersendirian manakala anak-anaknya tinggal di luar negeri dan tidak dapat pulang ke kampung ekoran PKP yang sedang berjalan.

” Makcik tu bagitau saya, dia tinggal sendirian, anak-anaknya pula semua tinggal di luar negeri”.

Makcik itu turut menambah bahawa dialah tulang belakang perniagaannya, dia jugalah yang memotong buah sehinggalah membawa kenderaan untuk pergi berniaga. Ramai yang kagum dengan semangat makcik tersebut walaupun sudah bergelar warga emas, dia masih boleh buat semua kerja-kerja berat semata-mata untuk meraih pendapatan harian.

Tambahnya lagi, dia bersedekah bukanlah untuk menunjuk, amalan bersedekah itu dapat melancarkan rezeki seseorang. Dia memuat naik video tersebut di aplikasi TikToknya adalah bertujuan untuk menyebarkan info berkenaan gerai makcik tersebut supaya lebih ramai orang ramai yang membeli di gerai tersebut seterusnya membantu makcik mendapat pendapatan yang lebih baik.

Didalam videonya, Ikmal yang juga berkerja sebagai ejen Public Gold Dealer, dia pada mulanya sengaja mengusik peniaga tersebut dengan meminta agar dikurangkan harga buah tersebut yang bernilai RM5, akan tetapi semasa membayar buah tersebut dia tersenyum dan memberitahu selebihnya adalah sedekah. Makcik tersebut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL