spot_img

Rider Berniqab Pandang Positif Kecaman Wargamaya Walaupun Pakai Purdah Dan Berbaju Ketat

- Advertisement -

SEORANG rider wanita yang berniqab telah menjadi tumpuan netizen kerana sering berkongsi di TikTok video aksinya menunggang motor berkuasa besar.

Dunia permotoran biasanya cukup sinonim dengan kaum lelaki, namun kemunculan seorang rider yang berniqab menerusi video-video di TikTok cukup mencuri perhatian netizen.

Syahirah, 24 tahun atau nama penuhnya Nuralizatul Syahira Ali mengakui sudah lama minat motor berkuasa besar, namun impiannya baru sahaja ditunaikan pada akhir tahun lepas.

- Advertisement -

Minatnya terhadap motor bermula sejak zaman bujang lagi, namun terpaksa dilupakan sejak berkahwin.

Hal ini bermula dengan pemberian superbike kepada suaminya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

- Advertisement -

mulanya, dia tidak berani walaupun telah disarankan suaminya untuk mencuba kerana takut akan jatuh.

Namun setelah seminggu mencuba dia tidak menyangkakan mampu menunggang motor itu.

Bermula saat itu, Syahirah semakin seronok dengan hobinya dan rajin berkongsi video menerusi aplikasi TikTok.

“Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih”

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, Syahirah tidak pernah lagi menunggang solo dalam jarak jauh. Setakat ini dia akan menghantar dan mengambil suaminya yang bekerja dalam jarak sekitar 18 km.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memasang impian untuk menunggang bersama rider wanita lain selepas tamat musim pandemik ke negeri-negeri lain.

Sementara itu, Syahirah juga tidak menyangka video yang menunjukkan dia menunggang Kawasaki Z800 akan tular sehingga mencecah lebih sejuta tontonan di TikTok.

Menurutnya lagi, dia mahu wanita di luar sana untuk berani mengejar impian mereka dalam apa-apa cara sekalipun. Baginya, bertudung atau berniqab bukan penghalang untuk membuat perkara yang disukai asalkan menutup aurat.

Ujar Syahirah lagi, paling penting adalah restu dari suami.

Tambahan lagi, dia menerima banyak reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen di akaun TikToknya. Selain daripada komen positif dan pertanyaan mengenai motorsikal, dia juga turut menerima kecaman.

Syahirah bagaimanapun menganggap individu yang meninggalkan komen ‘berpurdah konon, tapi baju ketat’ itu sebagai seorang yang berani kerana menegurnya. Baginya teguran itu membuatkan dia tidak ‘syok sendiri’ dan sentiasa beringat.

Dia turut menjelaskan bahawa kemungkinan angle kamera yang menampakkan bajunya itu seolah-olah ketat walaupun sebenarnya dia telah pun memakai baju longgar tetapi dimasukkan ke dalam jaket sebelum menunggang motor.

Video yang mendapat teguran itu telah disunting sendiri oleh suaminya dan diberi pelepasan untuk dikongsikan di TikTok. Disebabkan teguran itu, dia akan cuba untuk mengelak dan menapis video yang akan mendatangkan fitnah selepas ini.

Oleh itu, Syahirah mengambil pendekatan positif dan menerima setiap teguran dan kecaman sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa depan.

Rakaman yang tular

@syahiraaaliCecantik rini 😝 Ambil husbaby kita balik kerja 😍 @syaz_fir ##fypシ ##foryoupage ##kawasakiz800malaysia ##ladybikersmalaysia♬ Ladies and gentlemen. HER. X. mnek wela – Abi 🦟🦗

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL