spot_img

Gara Gara Dikejar Anjing Rider Wanita Ini Rempuh Pagar Rumah Orang

- Advertisement -

CABARAN sebagai seorang rider delivery bukan sahaja melibatkan sesama manusia, kadang-kadang turut melibatkan haiwan yang boleh mengganggu kelancaran untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video CCTV menunjukkan seorang rider delivery wanita secara tiba-tiba merempuh pagar rumah di satu kawasan perumahan.

Rempuhan motosikal itu mengakibatkan dua orang sedang berada di dalam kawasan rumah tersebut terkejut melihat insiden yang berlaku di hadapan mereka.

- Advertisement -

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, rider wanita itu panik dikejar anjing yang berada di kawasan perumahan tersebut lalu menyebabkan dia gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu merempuh pagar rumah di kawasan kejiranan.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang turut panik dan risau dengan keadaan rider wanita terbabit. Kata mereka, jika tidak disebabkan topi keledar yang dipakainya mungkin keadaannya lebih parah akibat rempuhan tersebut.

- Advertisement -

Orang ramai turut mendoakan agar rider wanita itu tidak mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ yang serius dan dapat berunding dengan pemilik rumah tersebut ekoran kerosakkan pagar yang tidak disengajakan.

- Advertisement -

Tidak dapat dipastikan samada anjing tersebut merupakan anjing liar ataupun milik penduduk di kawasan setempat, namun para netizen meminta pihak berkuasa untuk menangkap anjing liar di kawasan itu yang boleh membahayakan orang awam dan meminta penduduk kawasan kejiranan itu menjaga anjing mereka dengan baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Antara reaksi warga maya

“kesiannya ya Allah. netizen tolong buat kutipan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ ya klau dia kena byr ganti rugi kat tuan rumah + bil ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ dia. sebak rasa tengok mcm tu sekali mencari rezeki. kalau mak ayah dia tengok, mesti lg beribu kali ganda sedih & risau.”

“kuat nya kena pagar tu, perempuan pulak, ape khabar la keadaan dia? ni yg tak gemor dgn anjing dah la byk, mengejor pulak tu.”

“Mana geng pencinta haiwan malaysia? Ada kat sini ke? Tak kira la anjing liar je atau anjing bela, kalau dah ꜱᴇʀᴀɴɢ orang maknanya anjing tu tak sesuai duduk kawasan perumahan”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL