spot_img

Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9

- Advertisement -

TERKINI – Seperti yang telah diumumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Sesi perbincangan yang berlangsung selama 2 jam setengah, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berkenaan proses pencalonan perdana menteri yang baharu.

Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia Ke 9

- Advertisement -

Difahamkan juga, Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal perdana menteri daripada 220 ahli-ahli Dewan Rakyat pada 18 Ogos lalu menerusi surat akuan (statutory declaration).

Dari surat akuan tersebut, seramai 114 ahli Dewan Rakyat mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob yang juga ahli parlimen Bera, jumlah majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan di lstana Negara esok jam 2.30 petang.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Agong Panggil Parti Menang Ke Istana Negara, SUA UMNO Sahkan Ismail Sabri PM?

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri maka kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik,” katanya pada kenyataan petang ini.

Tambahnya lagi, perlantikan tersebut adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Dalam kenyataan itu juga, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan pandangan dan perlantikan Perdana Menteri dan mengharapkan agar kerajaan baharu perlulah meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid19 agar permasalahan dan keselamatan rakyat terjaga.

Ismail Sabri Perdana Menteri Ke 9

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan agar kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat untuk berusaha memerangi pandemik Covid19 untuk kepentingan rakyat dan negara.

Ahli Parlimen diingatkan juga agar mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama  Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang wabak Covid19 dan ia dapat dibendung dengan segera.

Ikuti paparan kenyataan Media daripada Istana Negara di bawah;

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL