spot_img

Wani Comel Lengkap Vaksin Dos Kedua, Meninggal Dunia

- Advertisement -

SIAPA yang tidak kenal Wani Comel yang pernah tular suatu ketika dahulu bersama seorang usahawan terkenal kerana penyakit obesitinya. Umum mengetahui bahawa, gadis tersebut mengalami berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) telah pun dilaporkan meninggal dunia.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airwani Nazira dikatakan pergi pada hari yang sama dengan sahabat baiknya setelah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid19.

Pergi Bersama Sahabat Baik

“Allah lebih menyayangi mereka berdua, betapa rapatnya mereka berdua sehinggakan waktu sakit juga mereka harungi bersama” kata ibu kepada sahabat baik Wani Comel.

- Advertisement -

Berita duka itu telah dimaklumkan oleh ibu kepada sahabat baik Wani menerusi paparan entri di Instagram.

“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid19 “.

Ujarnya lagi, beliau turut menyatakan teramat sedih dan sayu hati kerana terpaksa menerima pemergian dua insan yang beliau sayangi pada hari yang sama. Beliau juga turut meminta supaya disedekahkan Al Fatihah untuk arwah Wani dan anaknya Puteri Nur Rabiatul Nabihah.

- Advertisement -

Difahamkan juga, sahabat baiknya Putri Nur Rabiatul Nabihah pergi menghadap Illahi pada jam 4.40 pagi dan seterusnya diikuti dengan Wani Comel pada 9 malam pada hari yang sama iaitu 18 Ogos 2021.

Dalam pada itu, ramai netizen turut memberikan salam takziah diatas pemergian arwah termasuklah isteri kepada Dato’ Aliff Syukri.

- Advertisement -

“Baru ada followers DM beritahu Wani Comel telah pergi menemui Pencipta-Nya akibat Covid19, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh”.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar terus menjaga dan mencegah diri daripada jangkitan Covid19.

“Kepada semua yang membaca post ini, jagalah diri, Covid tidak mengira mangsa, mati itu sungguh dekat dengan kita” pesannya.

Dikatakan juga, Wani Comel telah pun lengkap mengambil vaksin ke dua akan tetapi dimasukkan ke hospital tidak lama selepas itu akibat jangkitan Covid19.

Dia sempat berpesan dan menyeru bagi sesiapa yang belum mengambil vaksin untuk mengambil vaksin yang diberikan oleh kerajaan sekurang-kurangnya ia dapat menjaga diri kita.

“Yang mana belum vaksin.. pergilah.. sekurangnya kita jaga diri kita” tulisnya di Instagram beliau.

Terdahulu, Wani Comel juga difahamkan telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Wani turut memaklumkan dia mengalami masalah jantung bengkak dan bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah tetapi perlu menjalani rawatan susulan di hospital pakar.

” Selepas didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru pasukan perubatan Hospital Putrajaya sekali lagi melakukan pemeriksaan lanjut dan hasilnya saya didapati mengalami komplikasi jantung bengkak tetapi dibenarkan pulang dan diminta untuk membuat rawatan susulan dengan hospital pakar”.

Wani sebelum ini juga pernah mendapat perhatian hangat rakyat Malaysia mengenai isu berat badannya dan juga beliau telah tampil di satu persidangan media bersama peguamnya dengan menyatakan bahawa dirinya telah dimanipulasikan oleh seorang usahawan terkenal.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL