spot_img

Ahli Perniagaan Dakwa “Sultan Melaka” Meninggal Dunia Akibat Covid-19

- Advertisement -

PETALING JAYA – Media sosial hari ini kecoh mengenai Tuanku Raja Noor Jan Shah yang pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dikhabarkan telah meninggal dunia.

Individu yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’, Noor Jan Shah, 64, dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi, dipercayai akibat jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan di laman Facebook peribadi Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini.

- Advertisement -

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.”

“Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Difahamkan, jenazah Noor Jan Shah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves pada pukul 3 petang tadi.

- Advertisement -

Mengimbas kembali, arwah yang juga seorang ahli perniagaan pernah mencetuskan kontroversi ramai apabila mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka.

Dia turut pernah dihadapkan di mahkamah pada 2016 atas empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, sebelum dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut pada 2018.

Gambar: FB Abdul Rani Kulup Abdullah.

Reaksi warga maya

“Innalillahiwa Inna ilaihiroji uun. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiiin”

- Advertisement -

“Al-Fatihah. Sedihkan ayah Abdul Rani Kulup Abdullah kan tak dapat ziarah kerana covid”

“Serius la.. ALLAH.. walaupun bkn dia yg update pages..tapi nama dia betul² dekat je dgn lawak² dlm pages..tgk yg mana latest update dlm pages dh dipadam.”

“Al fatihah.salam takziah.ni sultan melaka page klu tak siLap”

“yg fb sultan melaka tu kan… al fatihah.”

“Salam takziah.. Ni raja Melaka kan yah”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL