spot_img

Gadis Dimaki Golongan Antivaksin Gara-Gara Tidak Mahu Kongsi Sijil Vaksin

- Advertisement -

SEJAK mulai pandemik menyerang dunia, orang ramai sudah mulai mengharapkan kehadiran vaksin dapat meredakan isu yang berlaku. Hampir setahun menanti, vaksin telah berjaya dihasilkan dan ditawarkan kepada pelbagai negara.

Di sebalik pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, dunia nampaknya turut berdepan dengan golongan antivak di mana golongan ini menolak untuk mendapatkan vaksin.

Meskipun menolak vaksin merupakan hak peribadi, tindakan kerajaan yang menawarkan pelbagai kelonggaran buat individu yang sudah menerima vaksin nyata membuatkan individu daripada golongan antivaksin ini sanggup menipu dalam mendapatkan sijil vaksin kenalan mereka.

- Advertisement -

Situasi ini nampaknya hampir berlaku kepada seorang pengguna Facebook Zura Kadershah di mana beliau telah berkongsi tangkapan layar perbualan beliau bersama rakan beliau yang tidak mahu mendapatkan vaksin.

Tangkapan layar dari Facebook Zura Kadershah.

Perbualan beliau yang dikenali sebagai Zura bersama rakannya pada awalnya sekadar bertanya khabar. Walau bagaimanapun, situasi menjadi lebih serius apabila rakannya mendesak Zura untuk berkongsi sijil vaksin untuk digunakan beliau yang tidak mendapatkan vaksin bagi memudahkan beliau makan dan bersiar-siar membeli barangan.

Tindakan Zura untuk menolak pemberian sijil vaksin kerana ia merupakan suatu kesalahan nyata membuatkan rakannya berang sekaligus memilih untuk memaki dan menghina beliau.

- Advertisement -

Ikuti perbualan Zura bersama rakannya yang antivak itu:

Sumber dari Facebook Zura Kadershah.
Sumber dari Facebook Zura Kadershah.
Sumber dari Facebook Zura Kadershah.
Sumber dari Facebook Zura Kadershah.
Sumber dari Facebook Zura Kadershah.

Di akhir perbualan, individu tersebut yang pada awalnya mengatakan ramai rakan-rakannya tidak mahu berkongsi sijil vaksin turut memaklumkan beliau mempunyai kenalan yang ramai sekaligus mudah untuk beliau dapat sijil vaksin kelak.

Insiden yang berlaku kepada Zura ini nyata mendapat perhatian daripada netizen sekaligus membuatkan para netizen meluahkan rasa berang kepada individu berkenaan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Antara reaksi warga maya

- Advertisement -

Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung memberi peringatan kepada orang ramai yang sudah mendapatkan suntikan vaksin untuk tidak berkongsi sijil vaksin khususnya buat mereka yang belum mendapatkan vaksin. Hal ini dibuat bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di kawasan setempat.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL