spot_img

Ibu Hamil 7 Bulan Mangsa Kemalangan Kongsi Cerita Situasi Yang Berlaku Semasa Kemalangan

- Advertisement -

PADA petang semalam tular satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah Proton Wira dilanggar oleh sebuah Toyota Yaris. Insiden tersebut telah menyebabkan bahagian kanan hadapan kereta Proton Wira tersebut hancur teruk.

Lebih merisaukan lagi apabila di dalam kereta tersebut ada seorang penumpang wanita yang sedang mengandung.

- Advertisement -

Mangsa wanita yang terlibat dalam kemalangan semalam telah berkongsi pengalamannya bersama sebuah portal. Menurutnya, semasa kejadian berlaku dia dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur setelah selesai membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan yang sudah berusia 7 bulan.

Secara tiba-tiba ada kereta Toyota Yaris dipandu dengan laju dari arah bertentangan sehingga masuk ke dalam laluan pasangan suami isteri ini lalu menyebabkan kedua-dua merempuh antara satu sama lain.

Impak pelanggaran tersebut telah mengakibatkan pemandu Proton Wira mengalami kecederaan di kepala dan kemungkinan kakinya retak, manakala mangsa wanita mendapat dua jahitan di bahagian kepala.

- Advertisement -

Tambah mangsa wanita itu lagi, dia perlu membuat pemeriksaan dengan doktor pakar untuk memeriksa kandungan mereka kerana takut uri tercabut akibat hentaman yang dahsyat semasa kemalangan tersebut berlaku.

Mangsa wanita itu turut berpesan walaupun ketika waktu kejadian mereka memandu pada kadar yang sepatutnya, namun masih ada segelintir pemandu yang mengabaikan keselamatan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

- Advertisement -

Sama-sama kita mendoakan semoga pasangan suami isteri ini cepat sembuh seperti sedia kala dan kandungan bayi mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL