spot_img

Ikan Goreng Pernah Terbang Ditiup Angin, Dua Beradik Ini Tak Berputus Asa Berniaga Tepi Jalan

- Advertisement -

INI sahaja cara untuk kami cari rezeki,” hanya itu yang mampu diucapkan oleh seorang gadis apabila diduga dengan cuaca tidak menentu ketika sedang mencari rezeki.

Gadis berkenaan berkongsi video menunjukkan dia terpaksa berulang kali membuang air yang bertakung di atas khemah gerainya kerana hujan lebat.

Apa yang menjadi perhatian, dia masih lagi mampu mengukir senyuman walaupun terpaksa berdepan dugaan berniaga dalam keadaan hujan lebat.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Rider Berniqab Pandang Positif Kecaman Wargamaya Walaupun Pakai Purdah Dan Berbaju Ketat

Rakaman tersebut setakat ini meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok dan dia menerima banyak pujian kerana sikapnya yang positif.

Nurul Syawani Nor Azizi berkata, video tersebut dirakam semasa dia dan kakaknya Anis Syaheeda Nor Azizi, berniaga di hadapan Sekolah Rendah Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

- Advertisement -

Ketika itu hujan sangat lebat membuatkan air bertakung pada bahagian atas khemah sehingga mereka berdua terpaksa membuangnya dengan kerap.

@cassisyaasetiap 5 minit, penat.u🌹♬ Hapus Aku – Nidji

“Masa tu saya berdua je dengan kakak, sebab kami berniaga bersama-sama. Gerai kami jual sushi dan kopi Hainan… dah tujuh bulan berniaga depan kawasan sekolah ni.

- Advertisement -

“Pada Selasa dalam pukul 5.15 petang hujan lebat sangat sampai air bertakung di atas khemah. Kami terpaksa buang air pada bahagian atas khemah setiap lima minit sehinggalah hujan berhenti.

“Waktu hujan lebat tu memang tak ada sesiapa pun turun beli air dan sushi di gerai kami. Hasil jualan agak kurang bila tiba musim hujan ni,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Kuang, Sungai Buloh.

Dua Beradik Ini Tak Berputus Asa Berniaga Bersama-Sama Tepi Jalan

Menurut gadis yang mesra disapa Syawani ini, ini bukan kali pertama mereka diduga sepanjang membuka gerai di tepi jalan.

Jelasnya lagi, sebelum ini khemah mereka pernah terbang akibat ditiup angin yang begitu kuat.

“Sebelum ni bukan buang air yang bertakung je. khemah terbang pun ada. Kaki khemah bengkok sampai terpaksa beli khemah baru pun pernah juga.

“Paling tak boleh lupa ialah khemah terbang… waktu tu kami tengah duduk berehat untuk makan tengah hari. Tiba-tiba angin kuat sangat, sampai lauk ikan goreng yang kakak saya makan pun terbang sekali gara-gara nak pegang dan selamatkan khemah tu.

Dua Beradik Ini Tak Berputus Asa Berniaga Bersama-Sama Tepi Jalan
Syawani masih lagi tersenyum walaupun terpaksa berniaga dalam cuaca hujan lebat.

“Kalau kakak tak capai khemah tu, mesti dah terbang sampai tengah jalan. Walaupun begitu, saya tak pernah berputus asa sebab memang minat berniaga.

“Lebih-lebih lagi dengan keadaan negara kita sekarang, ini sahaja cara untuk kami cari rezeki,” ujarnya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini memberitahu, ini merupakan kali pertama dia dan kakaknya berniaga di gerai kerana sebelum ini mereka hanya beroperasi secara kecil-kecilan di rumah.

Syawani (dua, kiri) bercadang untuk membuka sebuah gerai seperti kakaknya (kiri) selepas tamat pengajian tahun depan.

Syawani juga merancang untuk membuka gerainya sendiri pada tahun hadapan selepas menamatkan pengajian Diploma Pengajan Pra Sekolah di Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Selangor.

“Sebelum ni menjual secara kecil-kecilan je dekat rumah sebelum buka kedai tepi jalan. Pada mulanya kakak nak cari pendapatan sampingan dan saya tolong dia jaga kedai.

“Kemudian dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisnes ini sepenuh masa. Saya pula memang ada jual makanan secara online sejak November tahun lepas untuk menjana pendapatan sendiri.

“Saya masih lagi belajar dan akan tamat pengajian pada tahun depan. Jadi saya merancang untuk buka sebuah gerai dan menjual ramen rolls yang sebelum ini dijual secara online,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL