spot_img

Kanak-Kanak Bantu Bersihkan Masjid, Hero Yang Tak Di Dendang

- Advertisement -

UMUM mengetahui beberapa hari ini beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai, di sini dilanda banjir dipercayai akibat kejadian kepala air dari kawasan air terjun di kaki gunung itu.

Susulan banjir itu banyak berita mengenai rumah ditelenggami air mahupun masjid telah tular di media sosial. Ia memberikan impak yang sangat besar kerana memerlukan kos dan masa yang lama untuk membersihkannya dan membaikpulih ruang-ruang yang telah rosak.

Menurut laporan juga dinyatakan kebanyakan kampung terlibat terletak berdekatan dengan beberapa sungai di kaki Gunung Jerai di sini.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Sebak Suami Ada Call Tak Dapat Balik, Tak Sempat Lari Kerana Kepala Air Kuat

Akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah gelagat kanak-kanak kecil yang turun sama membersihkan kawasan masjid yang terjejas teruk oleh banjir yang melanda.

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah dan bermakna. Mesti anda teringat waktu kecil dahulu bermain dengan kawan-kawan terutamanya waktu hujan. Bermain dengan lumpur adalah suatu kenangan yang sangat menyeronokkan.

- Advertisement -

Menurut paparan di Facebook milik Haji Yunus Kphajiyusoff, beliau berkata kanak-kanak ini datang untuk bersihkan masjid. Riak muka yang ditunjukkan oleh mereka itu menunjukkan mereka ikhlas untuk membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Pewira yang tidak didendang malah kadang-kadang dihalau. Kanak-kanak ini datang bersihkan masjid. Riak muka ikhlas. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hebat tarbiyah keluarga ini ” tulisnya di Facebook milik beliau.

- Advertisement -

Menurut beliau juga, difahamkan, masjid tersebut adalah Masjid Jamek Badlishah yang terletak di Pekan Yan. Beliau juga menyatakan bahawa masjid tersebut adalah yang paling teruk terjejas ekoran Tragedi Gunung Jerai.

Tiada langsung tenaga muda atau dewasa, yang tinggal hanyalah warga emas dan kanak-kanak mumaiyiz. Merekalah yang mencurahkan segala keringat dan tenaga demi nak mengembalikan pemandangan kawasan Masjid seperti sediakala.

Bermain lumpur sambil bersihkan masjid ! 

Kanak-Kanak Bantu Bersihkan Masjid Kanak-Kanak Bantu Bersihkan Masjid Kanak-Kanak Bantu Bersihkan Masjid Kanak-Kanak Bantu Bersihkan Masjid

Rata-rata ramai memberikan komen mengagumi semangat kanak-kanak tersebut.

Semoga jadi pembela agama

Bermain lumpur tu biasa

Perkongsian tersebut meraih 1.8k likes dan 1.6k share.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL