spot_img

Panduan Ringkas Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

- Advertisement -

APLIKASI MySejahtera telah memudahkan rakyat Malaysia untuk bergerak ke merata tempat dengan fungsi pengimbasan yang tersedia serta membuat temu janji program vaksinisasi. Namun, terdapat masalah yang timbul apabila pengguna sudah tukar nombor telefon yang baharu tidak boleh mengakses aplikasi MySejahtera dengan ID MySJ yang terdahulu.

Memetik daripada ciapan @AyongQiela, beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk mengubah ID MySejahtera dengan betul. Berikut cara-cara untuk mengubah MySejahtera ID dengan mudah.

Pertama sekali, anda perlu klik pada bahagian Profil di aplikasi MySejahtera.

- Advertisement -

2. Seterusnya, pilih klik pada butang menu pada sudut bahagian atas kanan.

- Advertisement -

3. Kemudian, tekan pada bahagian Change MySJ ID.

4. Terdapat dua pilihan sama ada ingin tukar nombor telefon baru atau emel yang berlainan. Anda boleh masukkan ID MySJ yang baru dan masukkan lagi sekali pada bahagian bawah pula untuk mengesahkan informasi yang diisi.

- Advertisement -

5. Klik Confirm yang berada di bahagian bawah.

6. Anda bakal menerima OTP untuk pengesahan.

7. Setelah itu, anda perlu memasukkan nombor OTP untuk pengesahan, lalu berjaya mendapatkan ID MySJ yang baru.

Semoga dengan tutorial ini dapat memudahkan pengguna dalam mengubah ID MySejahtera bagi mendaftarkan diri mendapat suntikan vaksin khususnya buat mereka yang menggunakan nombor telefon berbeza.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL