spot_img

Pulau Berhantu Di Jepun – Hashima

- Advertisement -

BAGI yang sukakan aktiviti paranormal, mesti anda suka akan tempat ini, tapi sejauh manakah keberanian anda untuk meneroka pulau yang dikatakan berhantu  di Jepun ini jika diberikan peluang?

Ya inilah pulau berhantu di Jepun yang telah ditinggalkan lebih kurang 40 tahun yang lalu. Pulau Hashima atau dipanggil “Gunkanjima” oleh penduduk Jepun yang bermaksud Pulau Kapal Perang sesuai dengan reka bentuknya. Pulau ini merupakan salah sebuah pulau daripada 505 buah pulau yang tidak lagi mempunyai penduduk di daerah Nagasaki,Jepun. Jarak antara pulau ini dengan Bandar Nagasaki sejauh 15 Kilometer. Nama lain bagi Pulau ini adalah Pulau Hantu ekoran terlalu lama terbiar setelah ditutup.

- Advertisement -

Pulau ini semakin popular setelah kisah dan lokasi pulau ini terdapat dalam beberapa buah filem antaranya, “the Battleship Island” (2017), “Attack on Titan” (2015) dan “James Bond : Skyfall” (2012).

Milik Syarikat Mitshubishi

Dalam tempoh kira-kira satu abad yang lalu, sekitar tahun 1890, pulau ini telah dibeli oleh Syarikat Mitsubishi. Tujuan syarikat ini membeli pulau tersebut bagi tujuan perlombongan arang batu di bawah laut.

- Advertisement -

Terdapat banyak tawaran dan membuka peluang pekerjaan lebih banyak kepada penduduk di sana. Pekerjaan yang ditawarkan adalah bagi mengerjakan projek arang batu di dasar laut.

- Advertisement -

Syarikat Mitsubishi telah membina pangsapuri 10 tingkat di pulau ini. Selain daripada menampung pekerja yang ramai, pangsapuri ini dibuat untuk melindungi pekerja dari taufan yang sering melanda Jepun. Sebagai tanda penghargaan, pihak syarikat menubuhkan sekolah, kolam renang, restoran dan banyak lagi bagi para pekerja untuk merasai kehidupan normal seperti di bandar besar dan maju.

Keluasan pulau kecil sebanyak 6.4 hektar ini pernah didiami seramai 5,000 orang sehingga mendapat gelaran sebagai pulau paling padat di dunia. Nisbah kepadatan penduduk juga melebihi 10 kali ganda dari bandar Tokyo. Namun, kewujudan pulau ini tidak dapat bertahan lama kerana kehabisan sumber arang batu. Tempoh pulau ini bertahan sekitar 1 abad sahaja sebelum ditinggalkan mati iaitu sekitar tahun 1887 hingga 1974.

Setelah Perang Dunia Ke-2 telah meletus, hal ini menyebabkan tahanan perang Jepun dipaksa menjadi buruh paksa. Mereka dipaksa memerah keringat bagi mencari arang batu.Layanan tentera Jepun Ketika itu amatlah teruk dan tidak patut seperti dasar yang dikeluarkan oleh Jepun bermula pada tahun 1920 sehingga tamat Perang Dunia Ke-2.

Arang batu merupakan satu keperluan perang Jepun ketika itu. Implikasinya, ramai tahanan yang mati. Seramai 1,300 pekerja dianggarkan telah dikerah mati di pulau tersebut berpunca daripada kemalangan,tidak cukup makan dan terlalu letih. Sekitar tahun 1941, pulau ini mmapu menghasilkan 400,000 metrik tan arangbatu dalam tempoh masa setahun sehinggalah kehabisan arang batu di pulau tersebut.

Rakyat Korea Selatan dan China merupakan tahanan Jepun ketika itu. Menurut Suh Jung Woo ketika ditemubual dalam sebuah wawancara pada tahun 1983, dalam setiap 4 daripada 5 orang akan pekerja mati. Perkara ini menimbulkan kemarahan bagi rakyat Korea Selatan dan China.

Sumber arang batu di pulau ini telah habis, kemudian Mitsubishi secara rasmi telah membuat keptusan untuk menutup dan mengosongkan pulau ini. Pangsapuri dan bangunan-bangunan lain mula menjadi using dan runtuh. Banyak pokok menjalar di setiap penjuru bangunan dan surat khabar bertebaran ditiup angin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Rumah MISTERI Di Pulau Terpencil

Namun, sejak tahun 2009 Pulau Hashima telah dibuka kembali bagi tujuan pelancongan. Para pengunjung yang hadir masih boleh melihat bangunan-bangunan lama yang masih tersergam indah dek pandangan mata masih mampu berdiri megah, kolam mandi air pans, sekolah dan kemudahan yang pernah di bina di situ.

Terdapat juga barangan kepunyaan penduduk yang masih tertinggal di sana seperti buku, kerusi, televisyen, dan lain-lain. Walaupun sudah ditinggalkan begitu lama, keadaan pulau ini masih seperti dulu Ketika ditinggalkan berpuluh tahun lalu.

Para pengunjung yang melawati pulau ini pasti akan rasa kagum dengan melihat infrastuktur bangunan di sini. Apa yang lebih mengagumkan adalah kemudahan yang serba moden danbangunan yang tinggi. Meskipun usia pulau ini telah lama dibina,ini mengambarkan figura Negara Jepun yang maju berpuluh tahun dari negara-negara lain.

Pada tahun 2015 yang lalu, UNESCO mengistiharkan bahawa Pulau Hashima menjadi sebuah tapak warisan dunia. Isu ini menjadi pencetus kontroversi terhadap tentangan Korea Selatan dan China.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL