spot_img

Tak Pernah Berenggang Seumur Hidup, Kerana Covid-19 ‘Kakak’ Terpaksa Iringi Ibu Ke Liang Lahad

- Advertisement -

DIA adalah segala-galanya bagi saya,” itulah kata-kata seorang anak yang langsung tidak pernah berenggang dengan ibunya sehingga ‘Kakak’ terpaksa iringi ibu ke liang lahad.

Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan perjalanan dia menghantar jenazah ibu ke tanah perkuburan.

Video tersebut meraih hampir 270,000 tontonan di aplikasi TikTok.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan Goreng Pernah Terbang Ditiup Angin, Dua Beradik Ini Tak Berputus Asa Berniaga Tepi Jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Dua Anak Ini Pernah Disangka Peminta Sedekah Tak Malu Jaja Kuih Dari Rumah Ke Rumah, “Saya Beri Salam Tapi Anjing Jawab”

Rieni Alis Illyani Rhymizafri, 21, mengimbau kembali detik arwah ibunya Roswani Abdullah, 48, yang meninggal akibat virus Covid-19.

- Advertisement -

Jelas gadis berkenaan, ibunya mengadu mengalami sakit kepala yang teruk dan telah mendapat rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani, Alor Setar, Kedah.

@aly55_Reply to @najwakarim96 terima kasih semua yang mendoakan ❤️ simpan sini memory abadi.. part 1 🙂 ##fyp ##covid19

♬ original sound – Alysillyanie

“Arwah mama mula-mula mengadu sakit kepala. Dalam empat atau lima tahun macam tu, sekali sekala mesti mama akan kena migrain yang teruk. Jadi kami bawa dia ke Hospital Pantai Sungai Petani dan dimasukkan ke bahagian kecemasan, mama diberi drip.

- Advertisement -

“Kemudian kami pun pulang lah ke rumah dan keadaan mama kembali pulih. Tetapi keesokkan petang tu mama dah mula rasa penat dan batuk-batuk, jadi kami pun bawa dia ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Mama disahkan positif Covid-19 pada 12 Julai dan dimasukkan ke wad kerana paras oksigennya yang semakin rendah. Ahli keluarga lain juga menjalani ujian swab sebelum disahkan positif serta menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Kerana Covid-19 Kakak Terpaksa Iringi Ibu Ke Liang Lahad
Alis sempat melihat ibunya buat kali terakhir sebaik sahaja tamat tempoh berkuarantin.

“Esoknya doktor menelefon kami untuk memberitahu yang mama perlu ditidurkan kerana bimbang keadaannya semakin teruk dan memberi kesan kepada paru-parunya. Sebelum ditdurkan pada 21 Julai, mama sempat bercakap dengan kami semua, dia berpesan kepada saya untuk menjaga adik-adik dan keluarga.

“Sepanjang tempoh mama berada di ICU, setiap hari kami buat bacaan surah Yasin secara virtual,” katanya yang menetap bersama keluarga di Sungai Petani, Kedah.

Menurut gadis yang mesra disapa Alis, pada mulanya mereka sekeluarga bersyukur apabila menerima berita gembira yang mengatakan ibunya sudah sedar dan dipindahkan ke wad biasa selepas lapan hari berada di ICU.

Kerana Covid-19 Kakak Terpaksa Iringi Ibu Ke Liang Lahad

“Doktor pun terkejut sebab mama memberi respons yang baik dan sebab itu juga mama di pindahkan ke wad biasa dua hari kemudian,” katanya.

Namun kegembiraan itu hanya sementara kerana Alis kemudiannya menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan ibunya telah dijemput Yang Esa pada pukul 6.30 petang, 24 Julai iaitu hanya sehari selepas berada di wad biasa.

Alis dan bapanya Rhymizafri Abd Rahim, 48, berpeluang mengiringi jenazah mama sehingga ke liand lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Badlishah pada 25 Julai lalu iaitu hari di mana semua ahli keluarga tamat menjalani tempoh kuarantin.

Kerana Covid-19 Kakak Terpaksa Iringi Ibu Ke Liang Lahad

“Jadi saya dan ayah berpeluang untuk menemani mama sehingga ke liang lahad dengan memakai PPE. Memang rezeki mama dapat dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibu bapanya,” ujarnya yang bekerja di syarikat milik ibunya, Halawani HQ.

Anak sulung daripada empat beradik itu akui dia tidak pernah sekali pun berjauhan dari ibunya biarpun pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di ibu negara.

Alis banyak mempelajari tentang perniagaan dari ibunya sendiri dan kini memegang tanggungjawab untuk meneruskan legasi hasil peninggalan arwah.

Kini Alis (kanan) menggalas tanggujawab menyambung legasi perniagaan milik arwah ibunya.

“Sepanjang usia 21 tahun ini memang tak pernah berenggang dengan mama, dia adalah segala-galanya bagi saya. Nak pergi sambung belajar di Kuala Lumpur pun tak jadi sebab mama pujuk suruh duduk dengan dia.

“Mama banyak mengajar tentang perniagaan miliknya sebab dia berharap suatu hari nanti saya dapat meneruskan legasi perniagaannya. Sekarang ni saya memikul tanggujawab tersebut disamping menjaga keluarga kami.

“Walaupun mama hanya orang biasa, tapi saya terkejut kerana terlalu ramai orang bercerita kebaikannya selepas dia meninggal. Ada yang saya tak kenal pun bercerita tentang jasa baik yang telah mama lakukan kepada mereka sepanjang hayatnya.

“Saya bersyukur ada seorang mama yang sangat hebat, penyayang dan selalu menolong orang tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada mereka,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL