spot_img

779 Guru Di Johor Menolak Vaksin, TMJ Akan Berjumpa Dengan Mereka

- Advertisement -

SEMENJAK Covid19 melanda negara kita, kerajaan juga telah mengambil salah satu inisiatif bagi mengekang penularan Covid19 serta membantu masyarakat lebih cakna akan penggunaan vaksin.

779 Guru Di Johor Menolak Vaksin, TMJ Akan Berjumpa Dengan Mereka

Akan tetapi, timbul satu laporan di media sosial dimana seramai 779 guru dikatakan menolak untuk menerima vaksin tersebut dan guru tersebut dilaporkan kebanyakannya berada di negeri Johor.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, jika didapati pada waktu getir ini, Sijil Digital vaksinasi yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera juga menjadi satu keutamaan untuk ke mana sahaja seperti memasuki 11 sektor premis yang dibenarkan beroperasi baru-baru ini.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan memberi kelonggaran kepada individu-individu yang telah lengkap vaksin dos kedua dibenarkan untuk menaiki kenderaan mengikuti kapasiti kenderaan terutamanya di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Dimaki Golongan Antivaksin Gara-Gara Tidak Mahu Kongsi Sijil Vaksin

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Comel Lengkap Vaksin Dos Kedua, Meninggal Dunia

Menerusi ciapan di Twitter, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berjumpa dengan Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan guru-guru yang dilaporkan menolak vaksin dinegeri tersebut.

“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru dalam masa terdekat”.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini supaya rakyat negeri ini boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa, tirah baginda di Twitternya.

Sebelumnya, berdasarkan statistik, seramai 23,746 orang guru telah pun lengkap kedua-dua dos suntikan vaksinasi.

Manakala bagi Anggota Kumpulan Perlaksanaan (AKP) pula seramai 6539 atau 91m43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos vaksin.

Bagi pekerja sokongan operasi pula, seramai 9236 atau 71.45 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7040 atau 54.42 peratus lagi telah pun lengkap kedua-dua dos suntikan vaksinasi.

779 Guru Di Johor Menolak Vaksin, TMJ Akan Berjumpa Dengan Mereka

Susulan laporan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin, Pengerusi Pendidikan Penerangan warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu untuk memberikan penerangan sewajarnya kepada guru terbabit mengenai kepentingan vaksinasi pada masa sekarang terutamanya dalam usaha memerangi pandemik Covid19.

Terdahulu, mengikut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertarikh 15 Ogos 2021 telah memaklumkan sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober 2021.

Sehubungan dengan itu, pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh mengikut penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL