spot_img

Belasan Kereta Baru “Jutawan Segera” Kemalangan Kerana Tidak Pandai Memandu

- Advertisement -

PADA awal minggu lalu, tular satu rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia telah membeli kira-kira 176 buah kereta baru di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Rata-rata penduduk di situ merupakan petani telah mendapat wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia. Jumlah wang pampasan yang diterima oleh penduduk kampung sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) bergantung pada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Namun kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah tidak bertahan lama kerana belasan kereta mewah tersebut mengalami kerosakkan akibat kemalangan. Punca kemalangan itu berlaku kerana mereka tidak pandai lagi memandu kereta.

- Advertisement -

Menurut Arie Soerjono, Pengurus Bahagian Auto 2000 Tuban mengatakan bahawa hingga kini sudah ada 15 buah kereta dari penduduk Kampung Sumurgeneng telah mengalami kemalangan.

Rata-rata kereta yang sedang dibaiki merupakan model Toyota dan kemalangan tersebut tidak berlaku di jalan raya, tetapi ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka. Seperti contoh, pemandu melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundur kereta mereka kerana tidak pandai memandu.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

“Takpe….kereta rosak bole repair. Jgn kerana tak pandai ‘memimpin’ rosak seluruh negara sudah. Asalkan dpt ‘durian runtuh’ harta negara.”

“Ada duit tapi tak pandai pun tak guna juga. Benda boleh belajar dulu kan atau byk sgt duit upah la driver.”

“Malu lah dato vida pun pandai drive lambo.”

- Advertisement -

“Ada duit jalan kan bisnes dulu.. ada untung baru beli kereta.”

“Kalau dapat duit durian runtuh macam ni, kalau tak pandai nak manage duit tu, lebih baik jangan sentuh.. Nak buat sesuatu guna duit tu spt melabur ka, lebih baik dapatkan ilmu dulu.. kalau gatal tangan jugak nk guna duit tu, lebih baik beli emas.. nilai terjamin, tak perlu maintain apa-apa..”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL