spot_img

Isteri “Serang” Live Facebook Penjual Jam Kerana Suami Beli Banyak Jam Tetapi Hanya Pakai Satu Sahaja

- Advertisement -

KALAU sebut sahaja jam tangan G-Shock, mesti ada dalam kalangan anda yang meminati jam tangan jenama tersebut. Malah, harga jam tangan G-Shock boleh dikatakan mempunyai ‘value’ tersendiri.

Maka, tidak mengejutkan apabila ada yang sanggup membeli jam tangan G-Shock untuk dijadikan koleksi. Lantaran itu, seorang pengguna TikTok @erindolly telah berkongsi video dirinya meminta penjual G-Shock di ‘live’ Facebook agar tidak menjual jam dengan suaminya lagi.

Menurutnya, suaminya sering menonton jualan jam tangan G-Shock di siaran langsung Facebook dan membeli ia sedangkan sudah ada banyak di rumah. Dapat dilihat menerusi video tersebut, penjual G-Shock ‘layan’ permintaan wanita tersebut dan juga ‘pinned’ permintaan tersebut di ruangan komen.

- Advertisement -

Malah, penjual G-Shock itu juga mengatakan dia hormat dengan keputusan wanita itu dan akan memberitahu suaminya bahawa namanya sudah disekat daripada membeli jam tangan di kedainya itu serta suaminya perlu bertanya dengan wanita itu jika mahu membelinya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terhibur dengan reaksi penjual G-Shock itu. Malah, ada juga netizen yang memuji penjual itu yang melayan permintaan wanita tersebut.

- Advertisement -

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, para netizen juga berpendapat wanita itu ‘garang’ menyebabkan penjual akur dengan permintaannya. Malah, rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan gaya sempoi penjual melayan karenah pelanggan-pelanggannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 64 ribu tontonan dan lebih 700 komen.

Rakaman yang tular

@erinladollybeli jam banyak2, pakainya 1 🤨 ##fyp ##fypシ ##fy ##fypage ##gshockmalaysia ##gshock

♬ original sound – eld

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL