spot_img

Menyedihkan, Nenek Ini Hanya Meminum Air Teh Yang Di Simpan Selama 4 Hari Untuk Mengisi Perut

- Advertisement -

TIDAK dapat digambarkan bagaimana seseorang yang sudah lanjut usia menjalani penghujung kehidupan mereka dalam keadaan yang menyedihkan.

Bagi segelintir orang, bertahan untuk hidup itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah akan tetapi ia merupakan suatu perjuangan yang memeritkan yang harus diterima demi sebuah kehidupan akan akan menjengah pada hari esok dan seterusnya.

Bukan sahaja terjadi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, malah seluruh negara juga mempunyai sebilangan besar dimana rakyatnya menderita akibat kemiskinan didalam kehidupan.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Viral Rakaman Nenek Lintas Jalan Jam 3 Pagi Bukan Jelmaan Makhluk Halus

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi Usia 10 Hari Meninggal Selepas Disuap Bubur Pisang Oleh Neneknya

Contohnya seperti di negara seberang, Indonesia, dikhabarkan seorang nenek hidup sebatang kara, tidak mempunyai keluarga, anak atau cucu serta suami terpaksa berhadapan dengan hari-hari yang memeritkan seperti kemiskinan dan juga usianya yang sudah lanjut untuk meneruskan kehidupannya walaupun ia memilukan akan tetapi tiada pilihan lain yang harus dipilih sementara bertahan hidup adalah pilihan yang ada dan terakhir.

Tinggal di rumah yang hampir roboh

- Advertisement -

Menyedihkan, Nenek Ini Hanya Meminum Air Teh Yang Di Simpan Selama 4 Hari Untuk Mengisi Perut

Nenek yang bernama Sunimah ini sebenarnya berusia lebih kurang 70 tahun pernah dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki akan tetapi suaminya itu telah pun meninggal dunia sekitar 20 tahun yang lalu. Sementelaah itu, nenek tersebut difahamkan tinggal menumpang di rumah orang lain yang dikatakan rumahnya tidak layak untuk diduduki serta hampir roboh.

Menurut akaun Rumah Yatim di Instagram, mereka menyatakan bahawa nenek tersebut hanya mampu melakukan pekerjaan menjemur kerak nasi kerana keadaannya yang sudah berusia itu membataskan untuk dia melakukan perkerjaan-perkerjaan yang lain bagi menampung kehidupan sehariannya. Ini sangat menyedihkan tulis mereka lagi.

- Advertisement -

Menyedihkan, Nenek Ini Hanya Meminum Air Teh Yang Di Simpan Selama 4 Hari Untuk Mengisi Perut

“Kelaparan sudah menjadi hal yang biasa dengan nenek ini, namun kadangkala ada juga jiran tetangga yang memberikan makanan untuk nenek tersebut” tulisnya di akaun Instagram Rumah Yatim.

Hanya meminum air teh untuk mengisi perut yang kosong

Ia sangat memilukan akan tetapi sangat mendalam maksudnya, itulah yang mampu diungkapkan apabila jika tiada yang menghantar makanan kepadanya maka nenek Sunimah lebih memilih untuk berpuasa bagi menahan diri daripada kelaparan daripada harus meminta-minta dengan orang lain. Itu yang lebih baik katanya.

“Kalau tidak ada makanan, nenek puasa seorang diri daripada harus meminta-minta”.

Tambahnya lagi, dia juga menceritakan sekiranya ada air teh dia harus meminumnya sedikit demi sedikit agar tidak kehabisan. Bahkan air tersebut juga telah disimpan selama 4 hari, namun kadangkala nenek memilih untuk meminum lebih sedikit kerana kehausan. Ini merupakan salah satu cara untuk beliau berjuang meneruskan kehidupan yang tersisa untuk dirinya.

“Air teh ini sudah 4 hari nenek simpan, nenek meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia lambat habis”.

Para netizen Indonesia juga berasa sedih

Lantaran paparan kisah nenek Sunimah yang dimuat naik di akaun Instagram Rumah Yatim, para netizen mulai membanjiri ruang komen.

Mereka turut bersedih dan terpukul melihat perjuangan seorang wanita yang bergelar nenek harus berjuang sebatang kata tanpa bantuan keluarga demi meneruskan kehidupan beliau.

Pihak Zakat Indonesia turun membantu

Menyedihkan, Nenek Ini Hanya Meminum Air Teh Yang Di Simpan Selama 4 Hari Untuk Mengisi Perut

Mengikut akaun di Instagram, Rumah Yatim ini merupakan satu badan kebajikan iaitu Lembaga Amil Zakat Nasional sekaligus Lembaga Sosial yang berkhidmat untuk membantu para golongan asnaf serta fakir miskin demi memudahkan kehidupan seharian mereka.

Sekiranya dilihat di akaun Instagram mereka, rata-rata mereka mendahulukan warga emas dan kanak-kanak dengan memberikan sumbangan dari pelbagai bentuk yang difikirkan bersesuaian.

Mereka turut membuka peluang untuk menyumbang sekiranya ingin membantu nenek Sunimah bolehlah ke akaun Instagram Rumah Yatim untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sama-sama kita doakan agar nenek Sunimah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia akhiratnya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL