spot_img

OCD Atau Perfectionist? Video Last Buat Lemah Lutut

- Advertisement -

MASIH ramai yang keliru dengan dua perkataan ini. OCD dan Perfectionist ( Kesempurnaan).

Ada segelintir yang menganggap OCD ini sebagai seseorang yang pembersih dan teliti akan tetapi OCD merupakan salah satu gangguan mental yang serius sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian malah ia boleh menyebabkan kemurungan yang teruk.

Bagi seseorang yang sedang mengalami OCD ini, mereka mungkin nampak seperti orang normal akan tetapi mereka sebenarnya sedang bergelut untuk menstabilkan diri dan berlawan dengan masalah yang dihadapi.

Apa itu gangguan mental ?

- Advertisement -

Gangguan mental adalah satu gangguan yang melibatkan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang sehingga mengganggu aktiviti-aktiviti harian dan kehidupan pesakit.

Mengikut kajian, gangguan mental ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyumbang kepada gangguan tersebut seperti faktor genetik, faktor sejarah hidup yang getir, keadaan sosio-ekonomi yang rendah serta gangguan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang tidak berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung menyebabkan masalah gangguan mental berlaku.

OCD versus Perfectionist 

OCD atau nama panjangnya ialah Obsessive Compulsive Disorder. OCD ini adalah satu gangguan mental yang menyebabkan pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang cemas (anxiety) yang menyebabkan pesakit ingin melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang.

- Advertisement -

Dalam erti kata lain, perasaan was-was atau mempunyai keraguan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.

Terdapat dua perkataan didalam perkara OCD yang merujuk kepada “Obsession” (obses) dan “Compulsion” ( berulang-ulang).

Obsession (obsesi) yang bermaksud keadaan seseorang itu mempunyai pemikiran yang tidak diingini (unwanted thought) kepada sesuatu perkara secara berulang-ulang (Compulsion). Manakala Compulsion pula dimana keadaan terdesak mengulangi perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang.

- Advertisement -

Dengan kata yang mudah, pemikiran yang gelisah dan terdesak (Obsession) menyebabkan pesakit melakukan tindakan secara berulang-ulang (Complusion).

Sebagai contoh, membasuh tangan melebihi 100 kali setiap hari sehingga tangan menjadi merah dan bengkak, memeriksa kunci rumah, membuka dan mengunci pintu selama setengah jam setiap hari atau membetulkan kedudukan parking kenderaan secara berulang-ulang selama satu jam.

Ini sangat berbeza dgn Perfectionist ( kesempurnaan) yang boleh dianggap sebagai tabiat mahupun sikap seseorang itu yang mementingkan kekemasan dan susunan kerja yang teratur.

Atau dengan ayat mudah, Perfectionist ialah satu karakter yang mementingkan segalanya-galanya dalam keadaan yang betul.

Akan tetapi tidak menolak sekiranya seseorang yang mempunyai karakter Perfectionist yang tinggi akan mendorong kepada OCD.

Sebagai contoh perbezaan diantara keduanya adalah bagi seseorang yang mempunyai OCD mereka akan mempunyai satu habit yang tidak sihat seperti berulangkali mencuci tangan sehingga bengkak dan merah, manakala bagi seseorang yang mempunyai karakter Perfectionist pula, mereka mempunyai habit yang sihat seperti membasuh tangan untuk kebersihan dan boleh melakukan kerja dengan baik sepanjang hari tersebut.

Difahamkan juga, bagi seseorang yang bersifat Perfectionist, mereka bergantung pada habit atau tindakan yang positif untuk meningkatkan sistem kehidupan mereka, manakala bagi orang-orang yang mempunyai OCD pula memerlukan rawatan daripada pakar kesihatan untuk mengurangkan gangguan OCD yang mereka lalui.

Simptom dan gejala OCD

Pemikiran yang obses (Obsession) seperti sentiasa berada dalam keadaan risau tentang diri sendiri mahupun orang akan sekeliling akan disakiti, sentiasa berada dalam keadaan yang sedar seperti. berkelip mata, bernafas dan melakukan pergerakan anggota badan yang serta rasa curiga dengan orang sekeliling tanpa mempunyai bukti yang jelas untuk dipercayai (trust issue) .

Manakala dari segi tabiat atau tindakan yang berulang kali adalah seperti melakukan tugasan dengan berulang-ulang sehingga dapat merasakan ia adalah hasil kerja yang terbaik atau mengira dan mengulang-ulang seperti langkah berjalan, mengira nombor atau sebagainya. Kadangkala ia juga membawa kepada tindakan seperti takut untuk bersentuhan seperti berjabat tangan, berpelukan atau sebagainya.

Namun begitu, terdapat juga beberapa simptom lain yang diambil kira yang kita boleh lihat jika seseorang itu sedang menghidapi OCD seperti menyemak (checking) atau memeriksa keadaan sekeliling untuk memastikan situasi dalam keadaan yang selamat seperti mengunci pintu, menutup suis lampu atau memasang sistem penggera.

Selain itu, membersih (cleaning) juga diyakini salah satu simptom OCD dimana kebanyakan pesakit yang menghidapinya akan membasuh tangan atau mandi secara berulang-ulang kali dalam satu hari.

Manakala teratur (orderlines) adalah satu tindakan yang keterlaluan seperti mementingkan susunan dan dilakukan secara teratur dan perlahan dan simptom yang terakhir adalah sentiasa mengulang-ulang (counting) perkataan yang didengarinya.

Ini adalah beberapa simptom asas yang boleh diperhatikan pada seseorang mahupun diri sendiri untuk mengenal pasti sama ada ia adalah OCD ataupun cuma karakter sahaja.

Cara dapatkan rawatan

Sekiranya anda mempunyai beberapa simptom OCD maka perlulah segera ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat pengesahan awal.

Sekiranya doktor mengesahkan bahawa anda mempunyai ciri-ciri OCD maka seterusnya anda akan diminta untuk berjumpa dengan pakar Psikiatri untuk tindakan selanjutnya seperti pemeriksaan fizikal dan darah serta penyiasatan yang lebih mendalam untuk menentukan sakit yang dihadapi didalam kategori OCD atau pun tidak.

Sangatlah dinasihatkan agar tidak membuat penilaian sendiri (Self Diagnose) kerana apabila penilaian yang dilakukan tanpa pakar yang bertauliah akan mendorong kepada rawatan kendiri yang salah dan seterusnya menyumbang kepada permasalahan yang berlarutan sekiranya tidak dirawat dengan cara yang betul.

Rawatan bagi pesakit OCD

Secara umumnya, tiada rawatan yang khusus untuk memulihkan kesemua gangguan mental yang dihadapi oleh seseorang.

Sama seperti OCD, ia tidak mempunyai rawatan yang khusus untuk menghilangkan penyakit ini akan tetapi rawatan yang diberikan adalah lebih kepada merawat simptom-simptom yang dihadapi oleh pesakit.

Antaranya ialah, psikoterapi. Ia adalah satu terapi tingkah laju kognitif (cognitive behavioral therapy) boleh membantu meringankan dan mengubah corak pemikiran pesakit seperti mengawal keadaan dan mengawal pemikiran jika berada dalam keadaan yang cemas (anxiety) dan OCD.

Bagi pesakit OCD amatlah penting untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merehatkan badan dengan tenang seperti bersenam kerana ia sangat membantu pesakit untuk mengurangkan tekanan OCD dan membantu untuk membuat pengalihan fikiran (Distraction) kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.

Rawatan dari segi perubatan juga perlu kerana dengan memakan ubat yang diberikan oleh pakar psikiatri yang kebanyakan ubat yang diberikan adalah berbentuk selective serotonin reuptake inhibitor yang berfungsi untuk membantu mengawal OCD.

Gangguan Mental bukan Gila

Amatlah tidak wajar sekiranya seseorang yang sihat mengkategorikan seseorang yang menghidapi masalah mental ini sebagai orang yang tidak waras. Mereka juga sama seperti pesakit lain yang seharusnya dibantu dari segi sokongan, perubatan dan rawatan yang betul.

Seharusnya, belajar untuk membuka minda dan menerima sakit seperti ini kerana penyakit seperti ini tidak seharusnya disisihkan daripada kehidupan yang normal kerana mereka tidaklah meminta-minta untuk berada didalam keadaan yang sebegitu rupa.

Selingan

@akulatuyangbuatkontenTeriak la sepuas puas nya 🙂

♬ bunyi asal – Akulatuyangbuatkonten👀

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL