spot_img

Rider Kena Scam Location Sejauh 8 Kilometer

- Advertisement -

UMUM mengetahui antara salah satu pekerjaan yang sedang melebar luas pada waktu pandemik ini adalah perkerjaan sebagai penghantar barangan mahupun makanan.

Banyak syarikat pada masa kini memilih untuk menggunakan perkhidmatan seperti ini kerana ia agak bersesuaian dengan keadaan semasa, serta keperluan pelanggan juga meningkat, dan ia juga merupakan pilihan utama bagi pelanggan untuk membeli sesuatu di atas talian kemudian ianya dihantar terus dihadapan rumah.

Jika kita lihat sebelum berkembang perkhidmatan ini, sistem ini hanya terpakai untuk menghantar barangan yang bukan makanan yang dimonopoli oleh perkhidmatan sistem pos yang menggunakan kaedah penghantaran ke rumah pelanggan sama ada melalui darat mahupun udara yang memakan masa beberapa hari.

- Advertisement -

Seiring dengan perkembangan teknologi, dan juga peredaran zaman, perkhidmatan penghantaran ini telah menjadi luas kerana sistem yang sedia ada telah diinovasikan menjadi satu sistem penghantaran makanan yang membolehkan pelanggan menikmati pilihan makanan mereka pada hari yang sama.

Terdapat pelbagai restoran yang telah memulakan perkhidmatan ini tetapi ianya hanya khusus untuk sesetengah restoran itu sahaja seperti McDonald’s.

Akan tetapi, sejak beberapa tahun yang lepas pihak Grab juga yang sebelum ini hanya terkenal dengan perkhidmatan e-hailing telah mengambil satu langkah baharu iaitu membuat servis perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan yang boleh dibeli melalui aplikasi Grab Food.

- Advertisement -

Ini membuka banyak peluang pekerjaan yang baik kepada masyarakat setempat sekaligus membantu syarikat atau restoran untuk beroperasi seperti biasa bagi menjana pendapatan masing-masing.

Perkhidmatan penghantaran ini bermula dari sistem atas talian yang telah dipesan di restoran tertentu oleh pelanggan kemudian diserahkan kepada penghantar (Rider) untuk dihantar mengikuti lokasi atau almat pelanggan yang telah diberikan didalam aplikasi Grab Food.

Akan tetapi setiap perkerjaan itu mempunyai cabaran masing-masing. Begitu juga dengan seorang rider ini yang telah memuat satu video di status Whatsappnya kemudian di naik semula oleh rakannya di TikTok.

- Advertisement -

Pemuda yang bernama Muhammad Hamzah Bin Azman, 26 tahun itu, menyatakan bahawa beliau mendapat satu pesanan daripada pelanggannya yang memesan order Tea Live di Shell Bukit Tinggi dan perlu dihantar ke Perlabuhan Klang akan tetapi apabila Hamzah mendapati apabila beliau sampai ditempat yang telah ditetapkan, pelanggan tersebut menghubungi semula Hamzah dan meminta lagi hantar ke Bandar Sultan Abdul Samad yang terletak lebih kurang 8 Kilometer (KM) dari tempat yang ditetapkan.

“Aku dapat order daripada Tealive dekat Shell Bukit Tinggi, suruh hantar dekat Port Klang, bayaran dia sekian-sekian, lepas tu sampai je pin location dia boleh hantar aku dekat Sultan Abdul Samad dekat Bandar Sultan Sulaiman, jauh tu “.

Ikuti video penuh dibawah

@arifuddinkasimJauh pula nak kena hantar. Tip tak ada. Sian betul member aku ni. Kerja amal. 🥲 ##foodrider ##deliveryorder ##rider ##fyp♬ original sound – Arifuddin Kasim

Tambahnya lagi, pelanggan tersebut tidak memberikan apa-apa tips bayaran malah dia juga mendakwa bahawa jarak penghantaran daripada lokasi yang telah ditetapkan adalah dalam anggaran RM 11 dan ke atas tetapi rasa tertipu apabila pelanggan tersebut memintanya berbuat demikian tanpa apa-apa wang tambahan daripadanya.

Lantaran itu, beliau yang juga berkerja selama hampir 2 tahun di Syarikat tersebut menyatakan dia amat kecewa dengan pelanggan tersebut kerana sepatutnya dia boleh mendapatkan pendapatan yang lebih daripada penghantaran itu jika dihitung jarak penghantaran dari Shell Bukit Tinggi ke rumah pelanggan tersebut akan tetapi, dia mendapat bayaran yang sangat rendah dan tidak berbaloi dengan tenaga serta minyak yang digunakan untuk membuat penghantaran itu kerana tertipu dengan lokasi penghantaran tersebut.

Bagaimanapun, Hamzah memaklumkan bahawa dia menasihatkan kepada orang ramai untuk menulis remark ataupun nota sekiranya alamat yang ditetapkan tidak terdapat didalam aplikasi bagi memudahkan pihak penghantar dan juga pelanggan.

“Nak order tu boleh tak kesah, bagi pin location yang betul, kalau rasa salah alamat atau tak boleh detect alamat tulis remark, bagitau siap-siap ataupun tulis dekat nota.. rider mesti baca punya sebab ia akan memudahkan Rider dan juga customer”.

Disamping itu, marilah kita doakan supaya Rider ini dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan segala urusan beliau.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL