Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Akibat Salah Tafsir Kebenaran Aktiviti Permotoran, Geng Motosikal "Melayang" RM5000
spot_img

Akibat Salah Tafsir Kebenaran Aktiviti Permotoran, Geng Motosikal “Melayang” RM5000

- Advertisement -

PADA hari Jumaat 19 Ogos lalu, orang ramai menyambut baik pengumuman khas di mana pihak kerajaan memberikan kelonggaran untuk membuka semula industri termasuklah beberapa aktiviti riadah di tempat awam bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Namun siapa sangka, aktiviti ‘permotoran’ yang tersenarai di dalam aktiviti riadah yang dibenarkan oleh kerajaan telah menyebabkan ramai pengguna motosikal ditahan dan didenda oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya pada hari minggu baru-baru ini.

Ramai yang keluar ‘berkonvoi’ bagi melakukan aktiviti permotoran pada hari minggu lalu telah menerima jumlah denda yang agak besar atas pelbagai jenis kesalahan dibuat pada satu masa.

- Advertisement -

Perkara tersebut terjadi apabila orang ramai tersalah faham antara aktiviti permotoran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan dengan aktiviti ‘konvoi’ yang mereka lakukan pada hari minggu baru-baru ini.

Aktiviti permotoran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan bermaksud aktiviti-aktiviti kenderaan bermotor di dalam kawasan litar sahaja dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Manakala aktiviti konvoi/ride secara beramai-ramai di jalan raya awam tidak dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi aktiviti tersebut melibatkan pergerakkan merentasi daerah atau negeri lain.

- Advertisement -

- Advertisement -

Semoga orang ramai yang mempunyai niat berkonvoi menggunakan kereta atau motosikal boleh bersabar untuk beberapa tempoh lagi sehingga pihak kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri setelah keadaan negara kita semakin pulih.

Difahamkan setiap satu saman yang diterima oleh pemilik motosikal baru-baru ini bernilai RM5,000 seorang. Nilai tersebut tidak termasuk jumlah saman lain diterima pada waktu yang sama.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL