Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
AntiVaksin Dikecam Gara Gara Bangga Tunjukkan Social Eksperimen Di Media Sosial
spot_img

AntiVaksin Dikecam Gara Gara Bangga Tunjukkan Social Eksperimen Di Media Sosial

- Advertisement -

VIRAL di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita yang dipercayai seorang anti-vaksin telah bertindak melakukan sosial ekperimen dengan memasuki sebuah kedai tanpa menunjukkan sijil vaksin.

Dia yang bangga dengan tindakannya itu telah memuat naik satu hantaran di Facebook dengan niat mahu menguji adakah individu yang menolak vaksin akan dilarang masuk ke mana-mana premis?

- Advertisement -

Dalam hantaran itu, dia berkata bahawa dia telah berjaya memasuki kesemua premis dan tiada pula yang memeriksa status sijil vaksinasi beliau. Tambah beliau lagi, suaminya yang juga menolak vaksin turut melakukan hal sama ketika berkunjung ke kedai gunting rambut.

“Dan pagi tadi alang-alang berbasikal satu keluarga, kami buat sosial eksperimen lagi. nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini. Sebab tengok ramai je duduk dine-in kat situ.”

“So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah dah complete 3 dos giteww. Duduk, makan minum, blah. Sorang pun tak tanya, sorang pun tak check. Alhamdulillah. Allah bagi mudah,” Katanya.

- Advertisement -

Catatan yang tular itu bagaimanapun telah dibuang oleh wanita terbabit. Dia juga turut dikecam oleh warganet di Twitter dan Facebook.

Kata wargenet, tindakan beliau ini mementingkan diri sendiri dan membahayakan nyawa anaknya. Beliau juga turut dikecam kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Jom .. report org antivaxxer camni. Post ni telah didelete oleh tuannya..but, mmg dh memusnahkan trust org. Antivaxxer mmg penunggang agama.. siap ckp Alhamdulillah, Allah mudah bagi,” kata Dr. Siti Sarah.

- Advertisement -

“Perhatikan cara dia menulis. “Alhamdulillah, Allah mudahkan” x2, “Kami masuk dengan selamba, buat muka yakin”, “Ap yang mustahil? Takde.” Dia benar-benar tahu bagaimana menarik dan meyakinkan orang,” kata Nazira Roslee.

“Membahayakan nyawa orang dan menganggapnya sebagai ‘eksperimen sosial’.
Menyiarkannya hanya untuk pengaruh. Adakah dia fikir dia tidak akan ditangkap? Cukup bodoh,” kata Grace.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL