spot_img

Banjir Yan Kedah, Jenazah Dijumpai Di Bawah Kulit Kayu Balak

- Advertisement -

DIKHABARKAN beberapa hari lalu, fenomena kepala air yang bermula dari puncak Gunung Jerai telah mengakibatkan banjir di Pekan Yan, Kedah. Lebih memilukan apabila dilaporkan terdapat beberapa orang yang telah menjadi mangsa disebabkan tragedi ini. Pelbagai usaha dijalankan untuk mencari mangsa-mangsa yang selamat dan juga mangsa-mangsa yang hilang ekoran daripada tertimbus disebalik banjir tersebut.

Suasana menjadi pilu dan bertukar menjadi kejutan apabila dikatakan selepas usaha mencari selama 5 hari oleh pasukan keselamatan dalam misi pencarian telah menjumpai seorang mangsa yang berumur lebih kurang 91 tahun.

Mangsa yang lebih dikenali sebagai Ku Shuib Ku Abdullah ini dikatakan di jumpai di bawah timbunan pokok berdekatan dengan sebuah chalet berhampiran. Penemuan jasad tersebut membuatkan orang ramai terutamanya pasukan keselamatan terkejut.

- Advertisement -

Melihat situasi ditempat kejadian, ramai yang beranggapan sekiranya ada mangsa di situ kemungkinan besar ia akan mengalami kecederaan yang serius seperti tulang patah dan sebagainya apatah lagi ia dijumpai selepas 5 hari dari bermulanya tragedi kepala air. Akan tetapi, apa yang menghairankan jasad yang ditemui sangat elok rupanya malah tiada anggota badan yang ‘terpisah’.

- Advertisement -

Menurut salah seorang anggota misi pencarian, yang lebih dikenali sebagai Pak Lang, beliau berkata, dalam timbunan kayu terdapat seorang jenazah yang dilitupi oleh kulit kayu. Beliau juga menyatakan bahawa, jenazah tersebut berada dalam keadaan yang lengkap anggota bermula dari rambut sehinggalah hujung kaki.

“Arwah sangat baik orangnya, Allah SWT sangat-sangat jaga dia, dalam timbunan kayu balak yang sangat besar, kulit kayu menutupi jenazah “.

Selain itu, Pak Lang turut menceritakan, ketika misi pencarian mereka menggunakan jentera berat untuk mencari mangsa-mangsa sekiranya ada yang tertimbus akan tetapi jasad yang ditemui itu, berada dalam keadaan yang baik dimana dia dilindungi di bawah kulit kayu balak yang besar dan apabila terbukanya kulit kayu tersebut maka terjumpa jenazah bekas imam tersebut. Hanya terdapat beberapa calar kecil sahaja ditubuhnya pada waktu itu.

- Advertisement -

Lihat video penuh dibawah:

@eiyraa92Allahhuakbar kulit kayu balak menutupi Arwah mantan imam masjid yan atau nma gelaran pak put🥺Al fatihah ##foryoupage ##esekali ##titihayun ##gunungjerai♬ bunyi asal – 🔰Eiyraa🔰🌾

Anggota keselamatan tersebut juga menasihatkan kepada orang ramai agar tidak datang ke lokasi-lokasi kejadian banjir terutamanya kanak-kanak kecil untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terutamanya berkaitan dengan kes jangkitan Covid19.

Nak macam-macam info ? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL