spot_img

Wanita Mempunyai Ketumbuhan Di Mata Cekal Mencari Rezeki

- Advertisement -

UNTUK pengetahuan, tumor mata ini boleh terjadi disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada bahagian mata. Tumor mempunyai dua sifat iaitu, jinak dan ganas dan ia bergantung kepada kemampuannya untuk tersebar ke bahagian organ dalaman yang lain.

Tumor mata biasanya terjadi kepada kesemua bahagian mata, yang bermula dari kelopak mata sehinggalah lapisan terdalam bota mata dan boleh dilihat dengan mata kasar kerana pertumbuhannya yang luar biasa membesar pada satu tempat sahaja.

Ini merupakan satu cabaran yang besar kepada orang yang menghidapinya tidak kira wanita mahupun kaum lelaki. Seperti yang terjadi kepada wanita ini yang dikenali sebagai Nur Najwa Ayuni Hamdan, 30 tahun, yang difahamkan menghidapi tumor ini seawal usia 2 tahun.

- Advertisement -

Menurut Najwa,beliau sudah pernah menjalani pembedahan ketika berumur 4 tahun untuk kali pertama dan kali kedua pada umur 16 tahun. Bagaimana pun, beliau redha dengan ujian yang diberikan kepadannya.

Wanita yang berasal dari Hulu Terengganu ini juga berkata pada ketika pembedahan berlaku, doktor hanya membuang dibahagian tepi sahaja tetapi pada waktu sekarang dia hanya boleh melihat dengan menggunakan sebelah matanya sahaja.

“Pada waktu itu, ketumbuhan sudah besar, doktor buang bahagian tepi sahaja. Sekarang saya hanya melihat dengan satu mata sahaja.”

- Advertisement -

Walaubagaimanapun, menurut beliau juga, dia tidak mahu bersedih dengan keadaan yang menimpanya akan tetapi ini menjadi seorang yang cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan pada masa yang akan datang.

Ikuti video penuh dibawah:

@wawa_ayuni91Reply to @kamalhaniff .ktumbuhan ni nme neurofibromatosis.susah nk myebutnye tu.hihi4.maaf klo ape sy citer tu x jelas.tgh nervous n malu😅##fypシ

♬ original sound – wawaayuni91

Bukan itu sahaja, beliau turut menceritakan semasa dialam persekolahan dia sering menjadi mangsa ejekan tetapi apabila meningkat sekolah menengah tiada lagi ejekan yang didengarinya. Dia juga menambah sekiranya sesiapa yang mahukan dia bercerita mengenai matanya, dia sangat bersedia untuk bercerita pada waktu itu.

- Advertisement -

Kecekalan wanita ini boleh dijadikan satu inspirasi. Walaupun pandangan yang sedia ada terhad akan tetapi dia juga seorang yang kuat mencari rezeki. Dia yang menetap di Petaling Jaya menyatakan pada masa sekarang dia berkerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan. Kadangkala merasa segan dengan pelanggan yang datang, tetapi dia harus bersikap lebih yakin dan matang demi sesuap nasi.

“Kadangkala rasa segan juga. Tapi kalau saya tak yakin, macam mana saya hendak kerja dan dapat duit ? Jadi saya teruskan macam biasa.”

Menurut Najwa, walaupun dia telah menhidapi ketumbuhan dibahagian mata pada waktu yang agak panjang, beliau sangat terharu apabila mendapat banyak sokongan di video TikToknya.

“Saya terharu sebab ramai yang prihatin dan mendoakan saya. Saya juga tak sangka akan viral.”

Disamping itu, wanita yang berhati kental ini juga berkata, banyak yang meninggalkan kata-kata positif dan ada juga yang menyatakan senasib dengan beliau. Beliau turut memberikan pesanan dan nasihat kepada orang yang senasib dengannya supaya mengabaikan kata-kata negatif dan tidak mengambil tahu akan pandangan orang lain.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat sahaja. Kalau kita rasa diri kita ini teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah, dekat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, selalu fikir positif dengan Allah. ”

Paparan video yang dikongsikan oleh anak kedua daripada lima adik beradik ini, di aplikasi TikTok menjadi tular apabila wanita ini dengan beraninya mencerita mengenai kisah matanya. Video tersebut meraih tontonan sebanyak 580k penonton, 49.8k likes dan 5329 yang memberikan komen.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL