spot_img

Buang Rasa Geli, Suami Berkorban Bantu Cuci Najis Isteri

- Advertisement -

SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan zuriat. Ini menjadi lumrah kehidupan bagi pasangan suami isteri. Untuk mendapatkan zuriat, sang isteri perlulah menghadapi 40 minggu tempoh kehamilan sebelum melahirkan anak.

Akan tetapi terdapat beberapa cabaran bagi segelintir wanita yang sedang menunggu hari kelahiran seperti mengalami kontraksi, cirit-birit dan sebagainya bergantung kepada individu tersebut.

Dalam tempoh kehamilan ini juga, suami haruslah memainkan peranan yang penting untuk meringankan tugasan isteri di rumah. Bukan itu sahaja, suami juga perlu bersikap terbuka dan sentiasa berada disisi isteri di saat-saat yang getir.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri “Serang” Live Facebook Penjual Jam Kerana Suami Beli Banyak Jam Tetapi Hanya Pakai Satu Sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Cinta Sejati, 28 Tahun Suami Selalu Hantar Isteri Kerja Hanya Dengan Basikal

Menerusi satu postingan video di aplikasi TikTok, wanita yang juga mesra dengan panggilan ibu telah menceritakan detik-detik pengalaman 2 hari terakhir sebelum melalui saat-saat kelahiran.

- Advertisement -

“Pengalaman dan pengorbanan yang suami aku takkan lupa bila aku terberak atas kereta dia, cuci dengan tangan dia sendiri “.

Pemilik akaun tersebut yang bernama Khalieda Yusra itu memberitahu kejadian tersebut berlaku 2 hari sebelum dia melahirkan anak mereka yang kedua, kemudian dia mengalami tanda-tanda kelahiran seperti cirit-birit dan senggugut.

Kejadian tersebut berlaku apabila beliau mula merasakan sakit perut dan mereka langsung tidak menjumpai tandas semasa dalam perjalanan balik ke rumah.

- Advertisement -

Akan tetapi, suaminya menasihati isterinya agar “melepaskan” sahaja “hajat” sekiranya tidak dapat menahannya dan isterinya terpaksa akur kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Apa yang mengharukan adalah, sesampai di rumah, selepas isterinya membersihkan diri, beliau keluar untuk membersihkan najisnya, tetapi lain pula kejadiannya apabila suaminya bertindak untuk membersihkan najisnya tanpa sedikit pun rasa geli.

“Takpa ibu, ini pengorbanan ibu untuk abah, abah boleh buat apa saja untuk ibu ” kata suaminya.

Ikuti video penuh dibawah ;

@kiedaamy97_#storytime pengalaman ❤️ #pengorbanan seorang suami Tak semua laki mampu buat . Masing2 ada lebih ada kurang. Jadi #Hargai lah selalu ❤️ #fypage

♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Rata-rata netizen juga memuji tindakan suaminya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL