spot_img

Dijangka Covid-22 Akan Hadir Sebagai Varian Lebih Bahaya Daripada Delta

- Advertisement -

SEJAK mulai pandemik COVID-19 menyerang dunia, wabak ini seolah menunjukkan tiada tanda berhenti setakat ini. Kehadiran varian terbaru seakan melambatkan lagi proses memutuskan rantaian wabak ini.

Di sangka varian Delta sudah cukup merbahaya, laporan daripada Insider Paper melaporkan pakar imunologi menjangkakan varian terbaru yang dinamakan sebagai COVID-22 bakal menyerang dunia. Lebih merisaukan ramai, varian baharu ini dikatakan lebih merbahaya daripada varian Delta.

Difahamkan varian ini terhasil menerusi mutasi daripada pelbagai varian sedia ada dan didakwa orang ramai mungkin memerlukan altenatif selain daripada bergantung kepada vaksin sahaja.

Gambar hiasan.
- Advertisement -

Menurut Profesor Doktor Sai Reddy, selaku pakar imunologi di institut ETH Zurich, mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin berpeluang menjadi super spreader bagi varian Delta. Dalam erti kata lain, kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah juga berpeluang membawa wabak ini.

Sementara itu, beliau mendakwa dalam usaha untuk meningkatkan antibodi, mendapatkan suntikan dos ketiga antara yang dicadangkan. Setakat ini, masih belum terdapat varian COVID-22 direkodkan pada pesakit wabak merbahaya ini.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

“Varian apa pula kali ni. Covid22 gamma ke. Nak kena bg tau jiran2 ni.”

“Gila lah.. Covid-21, 20 pun korang x tau lagi mcm mana.. Terus ke 22, korang rancang kan sebenarnya kan”

“Paling x kita dah usaha nk lindung diri kita n keluarga .. orang2 terdekat dgn saya ramai dah vaksin lengkap bila dijgkiti covid alhamdulillah mereka sembuh dgn baik dan hanya tahap 1 n 2.. tapi kita tahu virus ni semtiasa bermutasi.. akan dtg andai ajal kita disebabkan covid .. itu lah y tertulis yang penting kita dah usaha. X nak sesakkn lg otak ni truskn hidup dgn baik ya semua.”

- Advertisement -

“Nampaknya dunia akan di ambil alih oleh species Covid. Ada cucu, nenek moyang segala cicit Covid plak. Sb dorang dah kawin campur jd tu yg ada lg super power. Sabar jelah”

“nak tanya vaksin yg dua dos ni lg kebal dr covid 22 ni? bukan ape, mula2 1 dos, pastu 2, then 3 takut ada yg 4 plak”

Gambar hiasan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL